Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Empat kes tindak balas teruk dalam kalangan penerima suntikan vaksin Novavax, tiada yang serius: HSA

Jun 27, 2022 | 06:10 PM



TERDAPAT empat kes tindak balas teruk daripada sejumlah 2,792 suntikan vaksin Covid-19 Novavax yang ditadbir di Singapura sehingga 31 Mei tetapi ia tidak serius, kata Penguasa Sains Kesihatan (HSA).



Mereka yang mengambilnya mengalami alahan kulit, sakit dada, pening kepala dan radang saluran darah (vaskulitis), jelas HSA pada Isnin (27 Jun).



"Kesan sampingan ini sangat konsisten dengan apa yang dilaporkan dalam kajian klinikal dan diketahui merupakan kesan sampingan berkaitan dengan vaksin," tambahnya.



HSA juga menambah tiada dalam kalangan empat kes ini memerlukan rawatan hospital.



Vaksin ini diperkenalkan di Singapura pada 18 Mei.



HSA berkata ia akan memantau secara rapi kewujudan masalah radang otot jantung atau myocarditis serta radang lapisan luaran jantung atau pericarditis, melihat pada jumlah kecil laporan mengenai keadaan ini yang diperhatikan daripada ujian klinikal yang diteruskan sejauh ini.



Tiada laporan myocarditis yang dilaporkan sejauh ini yang bersangkutan dengan vaksin Novavax, jelas HSA.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >