Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

FPDA boleh bertindak sebagai kuasa penstabil di wilayah ini

Oct 19, 2021 | 05:30 AM



PERATURAN Pertahanan Lima Negara (FPDA) dapat bertindak sebagai kuasa penstabil di wilayah yang dapat diancam dengan salah faham dan salah perhitungan antara negara, kata Menteri Pertahanan Ng Eng Hen semalam.



Dr Ng berkata 50 tahun daripada tarikh penandatanganannya, FPDA terus memenuhi keperluan pertahanan Singapura dan kekal relevan.



Latihan ketenteraan bersama yang dilakukan tahun demi tahun termasuk tahun ini dalam pandemik Covid-19, mencerminkan komitmen kuat oleh kelima-lima negara terhadap hubungan sesama mereka.



FPDA ditandatangan pada 1971 oleh Singapura, Malaysia, Australia, New Zealand dan Britain selepas Britain keluar dari wilayah ini bagi memastikan Singapura dan Malaysia mempunyai jalan keluar bantuan sekiranya berlaku serangan bersenjata.



Saban tahun, perjanjian tersebut berubah merangkumi kerjasama bagi ancaman tidak konvensional, bantuan kemanusiaan dan bantuan bencana.



Ulang tahun ke-50 FPDA jatuh pada semalam.



"FPDA bertindak sebagai paradigma kumpulan ketenteraan inklusif yang bekerjasama untuk keamanan dan kestabilan rantau ini," kata Dr Ng.



Beliau disertai wakil empat negara lain - Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Singapura Kara Owen, Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Singapura William Hodgman, Pesuruhjaya Tinggi New Zealand ke Singapura Jo Tyndall dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura Azfar Mohamad Mustafar - di Bendungan Marina semalam untuk menyaksikan terbang lalu dan pertunjukan kapal tentera laut oleh kelima-lima negara.



FPDA tidak mengikat negara-negara anggota untuk campur tangan secara ketenteraan sekiranya Singapura atau Malaysia diserang.



Sebaliknya, ia hanya menetapkan bahawa negara-negara anggota harus segera berunding satu sama lain untuk memutuskan tindakan selanjutnya, yang menurut Dr Ng sesuai dengan konteks keamanan di wilayah ini.



"Pendirian FPDA memadai untuk menghadapi cabaran keamanan kita...saya rasa apa yang kita lakukan adalah tepat, iaitu terus berlatih dalam masa damai untuk membangunkan pemahaman," ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >