Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Fraterniti bola sepak S’pura perlu sepakat agar mara ke peringkat lebih tinggi

Sep 23, 2023 | 06:03 PM



Fraterniti bola sepak tempatan perlu menyelaraskan usaha secara bersama untuk memacu bola sepak tempatan ke peringkat lebih tinggi.

Ini setelah kedudukan Singapura di persada antarabangsa tidak banyak berganjak sepanjang sedekad yang lalu.

Demikian dinyatakan Presiden Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) baru dilantik, Encik Bernard Tan, dalam sidang media selepas menggulung Kongres Tahunan FAS ke-41 di Sheraton Towers pada Sabtu.

Encik Tan memberi analogi larian – bola sepak Singapura setakat ini seakan berlari tetapi tidak mara ke mana-mana.

Beliau merujuk kepada kedudukan Singapura dalam carta Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) yang tidak menyaksikan sebarang anjakan dari 2012 hingga 2022.

Sepanjang tempoh itu, kedudukan Singapura berlegar antara tangga 149 dengan 172. Negara ini menduduki tangga ke-160 dalam carta Fifa yang terkini.

Beliau juga memberi gambaran bahawa bola sepak Singapura perlu pembangunan lebih ketara untuk sampai ke peringkat yang setara dengan pasukan Asia Tenggara seperti Thailand dan Vietnam, yang masing-masing menduduki tangga 114 dan 95 dalam carta Fifa.

“(Inilah saat) kita harus mula berlari (ke hadapan). Jika kita ingin menjadi kompetitif di peringkat Asean, kita perlu lari pada kelajuan sama atau lebih pantas,” jelas Encik Tan.

Oleh demikian, beliau menetapkan matlamat untuk melihat bola sepak Singapura kembali kompetitif di peringkat Asean dalam jangka pendek dan bersaing di peringkat Asia.

Antara usaha yang bakal dilakukan FAS kelak, menurut Encik Tan adalah memperhalusi infrastruktur bagi memudahkan akses bermain bola sepak, khususnya padang bola.

“Apa yang saya inginkan adalah lebih banyak kemudahan, khususnya untuk golongan umum,” tambah Encik Tan.

Beliau memberi contoh sekolah-sekolah di Iceland yang sebahagian besarnya mempunyai prasarana baik untuk bermain bola, sekali gus menyuntik minat bermain bola sepak.

Hal sedemikian menurutnya dapat diaplikasikan di sini, khususnya bagi golongan muda dan kanak-kanak agar mereka tidak perlu pergi jauh untuk bermain.

“Apa yang ingin saya katakan adalah infrastruktur di Singapura sudah ada, cuma saya harap ada (penambahan) lebih banyak,” tambah beliau.

Selain itu, Encik Tan berkongsi perlunya untuk mendapatkan lebih banyak dana bagi FAS.

Menurut beliau, kebiasaannya FAS bergantung pada geran tetapi beliau akur ia harus menjangkaui lebih daripada itu.

Beliau berkata: “Salah satu perkara adalah (untuk menimbulkan) kesedaran bahawa bola sepak memerlukan bantuan anda sekalian... dan jika kita mahu berjaya dalam bola sepak, ia perlu (menjangkaui) lebih daripada apa yang dilakukan secara tradisional.”

Dalam pada itu, kongres tersebut menyaksikan Encik Tan diumumkan sebagai Presiden FAS bagi penggal 2021 hingga 2025.

Beliau sebelum ini merupakan Pemangku Presiden FAS selepas pemergian presiden sebelum ini, Encik Lim Kia Tong, akibat serangan jantung pada September 2022.

Beberapa pindaan kepada Perlembagaan FAS turut diusulkan semasa kongres itu, yang bertujuan meningkatkan tadbir urus dan mengekalkan kerelevanan untuk tahun-tahun mendatang.

Perincian terhadap pindaan itu tidak dinyatakan namun usul pindaan telah dipersetujui sebulat suara oleh para anggota yang hadir.

Kali terakhir pindaan dibuat adalah pada November 2016 dalam satu Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >