Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Garis pandu gaji asatizah sedang diusahakan

Muis akan bekerjasama dengan madrasah, masjid laksanakan langkah pastikan pelarasan gaji berasaskan prestasi
May 29, 2022 | 05:30 AM



GARIS pandu baru berkenaan gaji dalam sektor keagamaan bagi memastikan para asatizah diberi pampasan yang setimpal berdasarkan kemahiran, kecekapan dan nilai yang mereka bawa kepada pekerjaan akan diperkenalkan dalam beberapa tahun akan datang.



Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) akan bekerjasama dengan madrasah dan masjid untuk melaksanakan Garis Panduan Gaji Umum (CSG) bagi para asatizah bagi memastikan pelarasan gaji akan disokong oleh sistem berasaskan prestasi.



Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad mengumumkan demikian semasa Seminar Rancangan Kerja Muis 2022 yang diadakan di HomeTeamNS Khatib, semalam.



"Ini adalah usaha yang baik yang memerlukan penilaian kerja yang rapi dan penanda aras dengan sektor yang berkaitan.



"Muis akan bekerjasama dengan institusi-institusi madrasah dan masjid bagi melaksanakan CSG.



"Penyelarasan gaji itu akan berlandaskan sistem berdasarkan prestasi asatizah di tempat kerja mereka.



"Dengan ini, kita mahu sektor keagamaan kita kekal menarik, berdaya saing dan mampu menjamin masa depan yang lebih cerah untuk barisan asatizah kita," ujar Encik Masagos.



CSG merupakan salah satu saranan yang telah dikemukakan Jawatankuasa Asatizah Masa Depan (Cofa) pada 2019.



Ketua Eksekutif Muis, Encik Kadir Maideen, berkata Muis telah selesai menjalankan kajian mengenai CSG yang merangkumi proses penilaian pekerjaan asatizah dan mengambil kira trend gaji bagi sektor itu.



"Antara saranan yang akan kami kemukakan daripada hasil kajian ini ialah untuk memberi ganjaran kepada asatizah berdasarkan tiga aspek iaitu kemahiran, kecekapan dan nilai yang mereka bawa kepada pekerjaan mereka.



"Muis akan terus bekerjasama dengan institusi madrasah dan masjid untuk memperhalusi sistem penilaian prestasi serta penyesuaian gaji yang setimpal dengan sumbangan asatizah kita.



"Namun, kita akur penyesuaian yang akan dilakukan ini memerlukan sumbangan lebih dan dengan ini Muis akan bekerjasama dengan masyarakat untuk melihat bagaimana kami akan menambah dan mengoptimumkan aset masyarakat kita bagi sektor yang amat dihargai ini," kata Encik Kadir ketika ditemui media.



CSG dapat disokong antaranya dengan memanfaatkan Wakaf Masyarakat Singapura (WMS), jelas Encik Masagos.



Menyentuh tentang hal itu, beliau berkata, Muis sedang mencipta platform digital menjelang akhir 2022 untuk melengkapkan masyarakat dengan pengetahuan dan kemahiran mengenai perancangan harta dan warisan.



"Kami mahu masyarakat kita dapat menjaga keperluan peribadi dan keluarga mereka terlebih dahulu, dan apa-apa lebihan harta boleh disalurkan kepada kebaikan masyarakat yang lebih besar melalui sumbangan kepada WMS.



"Di peringkat institusi, Muis bercadang untuk menggembleng dana yang ada dalam sektor masjid bagi menyemai korpus WMS.



"Ini termasuk merintis pelan pelaburan untuk memberikan pulangan yang lebih baik kepada lebihan dana masjid," ujarnya.



Muis akan memberikan butiran lanjut dalam masa terdekat.



Dihadiri 270 hadirin semalam, Seminar Rancangan Kerja Muis 2022 mengetengahkan matlamat Muis untuk mengukuhkan penglibatan masyarakat yang membantu meningkatkan perkhidmatan badan tersebut kepada masyarakat dan mengiktiraf kepentingan peranan rakan kongsi dalam membina masa depan yang berdaya tahan sebagai satu masyarakat yang berjaya.



Ia turut melakarkan Rancangan Tiga Tahun Ke-7 Muis (7M3YP) yang telah dibangunkan melalui perundingan dengan rakan kongsi utama, pihak berkepentingan dan beberapa segmen masyarakat.



Laporan lanjut: Masagos ajak semua kembara bersama, sebagai Satu Masyarakat Berjaya




LANGKAH JADIKAN SEKTOR AGAMA KEKAL MENARIK, BERDAYA SAING DAN MAMPU MENJAMIN MASA DEPAN BARISAN ASATIZAH



"Muis akan bekerjasama dengan institusi-institusi madrasah dan masjid bagi melaksanakan CSG.

Penyelarasan gaji itu akan berlandaskan sistem berdasarkan prestasi asatizah di tempat kerja mereka.

Dengan ini, kita mahu sektor keagamaan kita kekal menarik, berdaya saing dan mampu menjamin masa depan yang lebih cerah untuk barisan asatizah kita."

- Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, mengumumkan demikian semasa Seminar Rancangan Kerja Muis 2022 yang diadakan di HomeTeamNS Khatib, semalam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >