Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Garis Panduan Gaji Umum bagi asatizah dilaksana secara berperingkat mulai 2023: Masagos

Jul 03, 2023 | 05:48 PM



Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) akan mula melaksanakan Garis Panduan Gaji Umum (CSG) di masjid dan madrasah secara berperingkat mulai 2023, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, dalam jawapan bertulisnya kepada soalan Anggota Parlimen Dilantik (NMP), Encik Abdul Samad Abdul Wahab, berhubung isu gaji asatizah.

Encik Masagos berkata CSG akan memastikan para asatizah diberi pampasan yang adil berdasarkan kecekapan dan nilai yang mereka bawa kepada pekerjaan mereka.

Sebagai sebahagian daripada Pelan Pembangunan Tenaga Kerja Asatizah (AWDP), Muis telah bekerjasama dengan madrasah, masjid dan Hab Pembelajaran Islam dan Pejabat Pengurusan (Ilham) untuk melaksanakan CSG, tambah beliau.

Muis akan menggalakkan Penyedia dan Pusat Pendidikan Islam (IECP) dan sektor-sektor berkenaan lain untuk menyelaraskan pampasan mereka bagi asatizah dengan rangka kerja CSG, kata Encik Masagos, sambil menambah bahawa majikan patut diberi masa untuk menyesuaikan diri dengan rangka kerja tersebut.

Dalam jawapannya juga, Encik Masagos turut mendedahkan peratusan asatizah berkelulusan universiti yang bekerja di masjid atau madrasah di sini serta pendapatan mereka.

Ini termasuk mereka yang bergaji kurang daripada $2,000 sebulan (2 peratus); antara $2,001 dengan $3,000 sebulan (62 peratus); antara $3,001 dengan $4,000 sebulan (30 peratus); dan $4,001 ke atas sebulan (7 peratus).

Pada Mei 2022, Encik Masagos mengumumkan bahawa Muis akan bekerjasama dengan madrasah dan masjid untuk melaksanakan CSG bagi para asatizah bagi memastikan pelarasan gaji akan disokong oleh sistem berasaskan prestasi.

Beliau ketika itu berkata bahawa CSG dapat disokong antaranya dengan memanfaatkan Wakaf Masyarakat Singapura (WMS).

CSG merupakan antara saranan yang telah dikemukakan Jawatankuasa Asatizah Masa Depan (Cofa) pada 2019.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >