Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ghairah dapat sambut Deepavali lebih meriah

Oct 24, 2022 | 05:30 AM



DARIPADA hanya membeli pelekat hiasan rangoli tahun ini, Cik Priya Pant telah membeli stensil dan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat hiasan rangoli di rumah bersama keluarga.



Ini merupakan kali pertama Cik Priya membuat rangoli untuk hiasan rumahnya secara besar-besaran tahun ini sejak pandemik.



"Saya rasa hiasan rangoli saya tahun ini tidak berjaya, tetapi tidak mengapa, memandangkan ini percubaan pertama sahaja," gelak anak sulung dua beradik itu kepada Berita Harian semalam.



Setelah dua tahun perayaan Deepavali disambut secara kecilan, Cik Priya meluahkan betapa ghairah dirinya tahun ini untuk sambutan Deepavali.



"Perbezaan besar sambutan tahun ini dan tahun sebelumnya sudah tentu adalah kelonggaran majoriti sekatan peraturan Covid-19.



"Justeru itu, membeli-belah untuk persiapan perayaan Deepavali lebih menyeronokkan tanpa sekatan had jumlah orang dan sebagainya," ujar pelajar kejururawatan tahun keempat di Universiti Nasional Singapura (NUS) itu.



Selain itu, tahun ini Cik Priya juga tidak sabar untuk berkumpul dan menghadiri pesta sambutan Deepavali bersama rakan-rakan keluarga terdekat dalam masyarakatnya.



Mengongsi lebih mengenai pertalian keluarganya, Cik Priya berkata ibu bapa beliau berasal dari Uttarakhand, India.



Mereka telah ke berhijrah ke Singapura sejak 1997 untuk bekerja dan membina keluarga.



Sejak bermastautin di Singapura, ibu bapanya telah menemui golongan masyarakat India lain yang juga berasal dari Uttarkhand di Singapura.



"Sebelum Covid-19, setiap Deepavali, masyarakat kami akan berhimpun dan meraikan Deepavali bersama. Namun dengan sekatan pandemik sebelum ini, himpunan perayaan itu dihentikan untuk mematuhi sekatan peraturan dan juga untuk keselamatan semua.



"Tetapi dengan kelonggaran peraturan sekarang, kami dapat berhimpun bersama ahli Uttarakhand lain yang juga berjauhan daripada keluarga mereka.



"Pada masa yang sama, dengan meraikan Deepavali bersama, ia juga seumpamanya kita mewujudkan talian kekeluargaaan kita sendiri di sini dengan menjalinkan hubungan erat antara sesama," jelas Cik Priya.



Golongan masyarakat Uttarakhand ini boleh didapati mengemaskini berita atau maklumat di kumpulan Facebook mereka, 'Uttarakhandis in SG', yang merangkumi 650 ahli.



Menurut Cik Priya, keluarganya biasanya akan menghiasi rumah mereka dengan pelbagai jenis hiasan.



"Kami akan ke Little India untuk membeli semua barangan yang diperlukan. Seperti lampu minyak (diya), bunga segar dan barangan hiasan lain.



"Saya juga telah membeli baju etnik baru, kurti yang berwarna hijau gelap, di bazar Deepavali tahun ini," kongsi Cik Priya yang juga mengucapkan selamat meraikan Deepavali kepada semua yang menyambutnya dan juga selamat bercuti kepada yang lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >