Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Golden Village, The Projector ganti pawagam Cathay di Cineleisure

Jun 13, 2023 | 05:27 PM



Cathay Cineplex akan keluar daripada bangunan Cineleisure di Grange Road, untuk digantikan dengan rangkaian pawagam terbesar Singapura, Golden Village yang bekerjasama dengan pengendali panggung indie, The Projector.

Pawagam baru, yang dipanggil Golden Village X The Projector at Cineleisure atau GV X TP, dijangka mula beroperasi pada Disember 2023.

Cathay Cineplex, yang merupakan sebahagian daripada rangkaian Cathay Cineplexes yang dikendalikan oleh syarikat media mm2 Asia, akan membuat tayangan terakhirnya di Cineleisure pada 30 Jun.

Golden Village dan The Projector dalam satu kenyataan akhbar bersama mengatakan bahawa kerjasama mereka di Cineleisure “akan menawarkan yang terbaik daripada kedua-dua pihak”.

“Ia akan menayangkan filem blockbuster dan hits arus perdana yang menjadi diharapkan penonton filem daripada Golden Village, dan pilihan daripada festival-festival filem antarabangsa, acara-acara langsung dan filem-filem alternatif yang disukai peminat The Projector,” kata kenyataan itu.


Kawasan sekitar pawagam juga akan menjadi ruang untuk persembahan muzik, pameran seni dan tayangan-tayangan interaktif, tambah kenyataan tersebut.

Cik Clara Cheo, Ketua Eksekutif Golden Village, berkata bahawa kerjasama itu akan “membolehkan peminat filem, seni dan budaya menikmati pelbagai aktiviti, sama ada menonton filem, muzik, persembahan atau hanya sekadar minum atau makan di kafe”.

Cik Karen Tan, pengasas bersama The Projector, menjelaskan sebab pihaknya tertarik untuk bekerjasama dengan Golden Village berkata: “Ia memberi peluang untuk kami menawarkan pengalaman yang lebih luas kepada orang ramai. Kerjasama ini memanfaatkan kekuatan yang ada pada kami dan hasilnya dapat dinikmati para pencinta pawagam, sambil kami dapat mengekekal semangat bebas, dapat terus menawarkan perkhidmatan sesuai keperluan peribadi dan bersifat tulen untuk penonton kami.”

GV X TP akan mempunyai tiga dewan berjenama GV yang menayangkan filem blockbuster. Baki tiga dewan akan beroperasi di bawah jenama The Projector dan menawarkan filem bergenre kesenian dan klasik kultus.


The Projector akan mengendalikan semua operasi makanan dan minuman di tapak, serta menyusun program seni dan budaya, yang berpotensi diadakan di kawasan umum.

Terdapat juga aneka kedai makanan dan minuman di sana, menurut Cineleisure.

Selain itu, Cathay Cineplexes berkata pawagam itu akan terus beroperasi sepenuhnya sehingga sesi terakhir pada malam 30 Jun.

“Kami sangat berterima kasih atas sokongan semua, terutamanya semasa menghadapi wabak yang mencabar. Tidak akan ada gangguan perkhidmatan di cawangan Cathay Cineplexes yang lain di Singapura,” kata jurucakapnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >