Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Google Singapore tawar program tingkat kemahiran digital kepada 300 SME

May 22, 2023 | 07:08 PM



SYARIKAT kecil dan sederhana (SME) yang sedang menjalani transformasi digital akan menerima sokongan dalam bentuk peningkatan kemahiran percuma di bawah satu program baru oleh Google Singapore.

Syarikat teknologi gergasi itu pada Isnin mengumumkan program biasiswa Sijil Kerjaya Google (GCC) untuk SME, yang disokong oleh Enterprise Singapore (ESG) dan persatuan perdagangan untuk industri teknologi Singapura, SGTech.

Sebagai permulaan, kedua-dua pertubuhan itu akan membantu menganugerahkan 15,000 biasiswa GCC kepada 300 perniagaan setempat.

Program biasiswa itu antara inisiatif baru yang diumumkan Google di acara ‘Grow with Google for SMEs’ pertamanya pada Isnin yang dihadiri Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan), Encik Alvin Tan.

Biasiswa GCC itu akan memberi SME akses percuma kepada program latihan dalam talian yang fleksibel untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang seperti pemasaran digital, e-dagang, analitik data dan sokongan teknologi maklumat (IT).

Penuntut tidak perlu mempunyai pengalaman dalam bidang digital, dan akan memperoleh kelayakan yang diiktiraf industri dalam tempoh tiga hingga enam bulan mengikuti pengajian sambilan.

SME di pelbagai peringkat pendigitalan dan merentas industri yang berbeza termasuk runcit, teknologi dan perjalanan, boleh memohon bagi biasiswa itu.

“Dengan lebih 60 peratus SME merupakan ‘pemula digital’, tanpa sokongan yang betul, perniagaan ini boleh tertinggal dalam perlumbaan pemerolehan dan pengekalan bakat teknologi, memendekkan laluan mereka untuk pertumbuhan selanjutnya. Dengan SME setempat menggajikan lebih 70 peratus tenaga kerja tempatan dan menyumbang kepada lebih 40 peratus Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP), jurang pendigitalan semasa perlu ditangani segera untuk memastikan pertumbuhan ekonomi digital Singapura yang mampan dan berterusan,” kata Google dalam satu kenyataan pada Isnin.

Dalam ucapannya, Encik Tan berkata GCC akan membantu SME membina keupayaan dan kemahiran teknologi baru.

“Bersama usaha lain, kami berharap ia akan meningkatkan kemahiran pekerja dan membantu mereka bersiap sedia untuk ekonomi digital,” katanya.

Sementara itu, bagi membantu pekerja memperdalamkan kemahiran analitik data dan kecerdasan perniagaan mereka, Google akan mengembangkan tawaran GCC dan biasiswanya untuk merangkumi sijil lanjutan dalam bidang-bidang itu.

Sijil yang direka dan diajar oleh pakar Google itu akan memberi peserta pengalaman praktikal dengan alatan seperti BigQuery, Python dan Tableau.

Dengan kemahiran seperti itu, orang ramai boleh mengembangkan kerjaya analitik data mereka dengan membuka peluang kerjaya baru, memikul lebih banyak tanggungjawab atau memperoleh daya saing dalam pasaran kerja.

“Melalui pengembangan tawaran biasiswa dan GCC, Google berusaha membantu menangani cabaran kepada peningkatan kemahiran yang biasa dialami SME seperti ‘kekurangan bajet’, yang dikenal pasti oleh 1 dalam 2 perniagaan, dan ‘kekurangan masa’, yang merupakan kebimbangan utama bagi 42 peratus pekerja di Singapura,” kata Google.

Selain itu, cabang dermawan Google, Google.org, akan meneruskan sokongannya kepada Yayasan Asia dengan pembiayaan geran $5.3 juta untuk melanjutkan program Go Digital Asean ke fasa seterusnya.

Program itu akan melatih pemilik perniagaan terpilih di seluruh Asean dalam kemahiran digital dan perniagaan peringkat lanjutan bagi membolehkan mereka mengembangkan perniagaan mereka.

Sebagai sebahagian daripada ini, rakan kongsi pelaksana tempatan Yayasan Asia, Hatch, akan melatih 1,500 perniagaan tempatan yang 70 peratus daripadanya dimiliki oleh wanita atau masyarakat yang kurang diwakili.

Kurikulum itu akan termasuk sesi mengenai pemasaran digital, serta amalan perniagaan yang mampan dan bertanggungjawab.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >