Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Guru harus sesuai diri dengan amalan pengajaran baru

Sep 29, 2021 | 05:30 AM



PENDIDIK harus terus berinovasi, menyesuaikan amalan pengajaran dan bersikap terbuka kepada pengalaman baru sedang permintaan terhadap kerjaya mengajar berkembang dan meningkat, kata Menteri Pendidikan Chan Chun Sing.



Berucap di majlis penyampaian Anugerah dan Biasiswa Mengajar Kementerian Pendidikan (MOE) semalam, Encik Chan berkata pendidik kini akan perlu melengkapi pelajar cara mengurus dan menyesuaikan diri terhadap cabaran baru "supaya mereka dapat merebut peluang masa akan datang".



Guru juga memainkan peranan semakin penting dalam menyokong kesejahteraan pelajar, terutama pelajar berkeperluan tinggi, dan harus membangun kemahiran dan pendekatan baru bagi mengurus ibu bapa, "yang mungkin mempunyai jangkaan berbeza berbanding generasi sebelumnya", kata beliau di majlis penyampaian secara maya itu semalam.



"Memandangkan permintaan ini, pendidik kita harus terus berinovasi dan menyesuaikan amalan pengajaran dan kemahiran mereka, dan saya berkeyakinan penuh bahawa mereka boleh menyahut cabaran ini," tambah Encik Chan.



Untuk mencapai matlamat itu, Encik Chan menggesa para guru memanfaatkan penggunaan teknologi.



Beliau turut mengingatkan pendidik untuk terus bersikap terbuka pada pengalaman baru dan merebut peluang yang sedia ada dalam dunia yang bergerak pantas ini.



"Sentiasa berusaha untuk memperbaharui kemahiran anda, dan menjadi teladan semangat pembelajaran sepanjang hayat kepada pelajar kita," katanya lagi.



Di majlis penyampaian semalam, 275 penerima biasiswa dan anugerah mengajar daripada dua kohort - 142 penerima pada tahun ini dan 132 penerima bagi tahun lalu - diiktiraf.



Majlis penyampaian tahun lalu ditunda akibat pandemik Covid-19.



Acara tahunan itu dianjurkan bagi menyambut kehadiran penerima biasiswa dan anugerah MOE baru ke dalam golongan tenaga pengajar.



Meskipun terdapat pembangunan baru dalam kerjaya mengajar, Encik Chan akur bahawa peranan seorang pendidik kekal sama.



Encik Chan berkata guru memainkan peranan penting memupuk nilai baik dalam pelajar serta menggalak mereka mengenali diri masing-masing.



Mereka juga merupakan individu yang meneruskan pendidikan.



"Sama seperti mana-mana kerjaya yang bermakna, akan ada pasang dan surutnya. Apabila ia menjadi sukar, fikirkan mengapa anda pada mulanya ingin menyertai sektor mengajar," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >