Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Guru tuisyen dipenjara 45 tahun kerana dera secara seksual lapan kanak-kanak termasuk individu kurang upaya

Jun 27, 2022 | 05:26 PM



SEORANG lelaki berusia 54 tahun yang mendera secara seksual beberapa kanak-kanak yang kurang upaya secara fizikal dan dari segi pembelajaran selepas memberi bimbingan tuisyen kepada mereka dihukum penjara 45 tahun pada Isnin (27 Jun).



Tempoh penjara buat lelaki yang membohongi ibu bapa mangsa dengan menyatakan dia adalah pakar terapi pendidikan bertauliah adalah yang paling panjang dikenakan buat kesalahan seksual.



Dalam kes yang disifatkan pendakwa sebagai “kes kesalahan seksual paling teruk terhadap kanak-kanak belum baligh”,  lelaki tersebut mengaku mendera secara seksual lapan mangsa.



Akhbar The Straits Times melaporkan lelaki ini mengaku bersalah terhadap enam tuduhan  merogol tiga mangsa dalam tempoh 16 tahun, antara 2002 hingga 2018.



Identiti lelaki ini tidak boleh didedahkan atas perintah mahkamah kerana dia mempunyai hubungan dengan ibu salah seorang mangsa berkenaan.



Dua budak yang terlibat dirogol ketika berusia lima tahun manakala yang seorang lagi sewaktu berusia lapan tahun.



Lelaki itu merakam video serangan seksualnya yang mengambil masa sepanjang 17 minit.

Kesalahan ini hanya diketahui setelah lelaki itu menjual komputer ribanya pada Jun 2018, dengan si pembeli menghubungi polis selepas menemui gambar lucah dalam alat tersebut.



Dalam menjatuhkan hukuman, hakim Mahkamah Tinggi, Ang Cheng Hock, berkata:

“Penderaan seksual yang sangat memualkan ini dilakukan oleh si tertuduh terhadap beberapa kanak-kanak pada usia muda lantas sewajarnya diberikan hukuman yang berat.”



Hakim Ang menambah, hukuman yang panjang tempoh penjaranya itu adalah pesanan tegas untuk mengingatkan mereka yang berpemikiran serupa dengan lelaki itu di samping menggambarkan kecaman masyarakat terhadap perbuatan lelaki yang tidak berperikemanusiaan dan rosak akhlak kepada kanak-kanak yang mempercayainya sebagai guru tuisyen yang persis seorang ayah.



Lelaki ini akan berusia 80 tahun apabila dibebaskan dari penjara, sepertiga daripada tempoh hukuman asal  dan jika dia menunjukkan kelakonan yang baik.



“Saya menyesali perbuatan salah saya dan ia akan menghantui hidup saya sampai bila-bila. Saya secara ikhlas ingin meminta maaf kepada mereka yang telah saya sakiti dan saya berharap mereka akan memaafkan saya,” kata lelaki itu dalam bahasa Mandarin.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >