Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hajat bertunang pada Dis tak kesampaian selepas penunggang motosikal maut dalam nahas

Oct 02, 2023 | 06:55 PM



Hajat bertunang sudah terpahat dalam sanubari Cik Nur Afiah Hisham, yang merancang melangsungkannya pada Disember 2023.

Namun, ajal terlebih dahulu menjemput Allahyarhamha Nur Afiah setelah beliau terkorban dalam satu nahas jalan raya pada Ahad.

Menukil The Straits Times (ST), polis berkata motosikal gadis berusia 23 tahun itu dipercayai tergelincir dan beliau disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.


Polis dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menambah, mereka dimaklumkan tentang nahas tersebut – yang berlaku di Jurong Gateway Road, dekat Blok 131 – sekitar 10 pagi Ahad dan siasatan masih dijalankan.

Berkongsi dengan Berita Harian (BH) semasa ditemui di kediaman arwah di Jurong East pada Isnin, teman lelaki arwah, Encik Mohamad Fauzan Muhd Mazri, menjelaskan bahawa beliau dan arwah sedang dalam proses merancang pertunangan tersebut.


Sambil menahan sebak, jejaka berusia 25 tahun itu berkata:

“Saya baru berjumpa arwah pada malam (Sabtu) sebelum kemalangan. Beberapa hari yang lalu pula, kami baru sahaja mengadakan perbincangan perihal pertunangan kami.

“Kami ingin sampaikan hajat ini kepada kedua-dua ibu bapa kami. Saya tahu isi hatinya dan saya rasa arwah inginkan majlis yang kecil-kecil saja.”

Menurut Encik Mohamad Fauzan, beliau sudah berkenalan dengan arwah sejak 2018 selepas bersama-sama menjadi anggota belia Masjid Al-Muttaqin.

Beliau menyifatkan arwah, anak kedua dalam enam beradik dan satu-satunya anak perempuan, sebagai seorang yang suka ke masjid.

Hal serupa turut dikongsi Penyelia Program di Masjid Darul Ghufran, Ustaz Muhammad Izzuddeen Ismail, semasa arwah menjadi anggota belia di Masjid Al-Muttaqin.

Beliau, yang sebelum ini Pegawai Pembangunan Belia Masjid Al-Muttaqin dari 2016 hingga 2019, berkata arwah bermula sebagai anggota belia sekitar 2016 hingga 2021.

“Boleh nampak sepanjang tempoh (beliau jadi anggota), ada potensi beliau sebagai pemimpin belia.

“Beliau sangat peramah dan… beliau telah banyak terlibat dalam projek-projek. Beliau banyak membantu (dalam projek) bagi kawasan Ang Mo Kio, kerana masjid terletak di kawasan itu,” jelas Ustaz Izzuddeen.

Dalam pada itu, adik arwah, Muhammad Akif Hisham, 17 tahun, berkata dia mendapat tahu tentang berita kemalangan kakaknya sekitar 10.30 pagi pada Ahad daripada abangnya.

Difahamkan motosikal yang ditunggang arwah semasa kejadian adalah milik abangnya.

Dia menjelaskan bahawa arwah, yang mempunyai lesen motosikal sejak 2020, sedang dalam perjalanan ke tempat kerja di Marina Bay Sands.

Daripada video Facebook SG Road Vigilante (SGRV) yang dimuat naik pada Ahad, sebuah motosikal dilihat tergelincir di tepi jalan.

Dapat dilihat juga topi keledar berwarna putih di tepi motosikal tersebut.

Jenazah Allahyarhamha Nur Afiah selamat dikebumikan sekitar 4 petang Isnin di Pusara Aman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >