Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Haji: Skim Undian Terhad tidak dilaksana tahun ini

Masagos: Dilaksana musim haji akan datang apabila perlu peruntuk jumlah besar tempat tambahan dalam masa singkat
May 09, 2023 | 05:30 AM



SKIM Undian Terhad (LBS) yang bertujuan menawarkan tempat haji tambahan dalam tempoh singkat secara adil dan telus tidak akan dilaksanakan tahun ini, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



Ia akan dilaksana apabila Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) menerima maklumat terkini mengenai tempat haji tambahan daripada Arab Saudi bagi musim haji akan datang, apabila terdapat keperluan memperuntuk sejumlah besar tempat dalam masa singkat, tambah Encik Masagos.



Arab Saudi telah memberi kuota rasmi 900 tempat bagi jemaah haji Singapura pada 2023.



Encik Masagos berkata demikian dalam jawapan bertulisnya kepada soalan Dr Wan Rizal Wan Zakariah (GRC Jalan Besar) berkenaan LBS.



Dr Wan Rizal bertanya apakah LBS telah mengurangkan masa menunggu bagi Muslim Singapura sebelum dapat melaksana haji, dan sama ada skim tersebut mengutamakan jemaah haji kali pertama.



Encik Masagos berkata Muis membangunkan LBS untuk memperuntuk bilangan tempat haji tambahan yang sering sangat besar dalam tempoh singkat secara adil dan telus.



Ini kerana pada tahun-tahun sudah, Arab Saudi menawarkan tempat haji tambahan bagi Singapura sangat hampir dengan tarikh berlepas jemaah haji kumpulan pertama.



Namun, sebilangan besar pemohon tidak bersedia untuk menunaikan haji dalam masa singkat.



Di bawah skim itu, pendaftar haji yang boleh menunaikan haji walaupun dengan notis singkat boleh mengemukakan permohonan mereka untuk mengundi bagi tempat.



Pengundian akan dilakukan melalui algoritma rawak yang dijana komputer.



"LBS akan dilaksana apabila Muis menerima kemas kini tentang tempat haji tambahan daripada Arab Saudi bagi musim haji akan datang, di mana terdapat keperluan untuk memperuntuk sejumlah besar tempat dalam notis yang sangat singkat.



"Ia tidak akan digunakan pada tahun ini," kata Encik Masagos.



Beliau menambah: "Dengan memanfaatkan dengan lebih baik tempat rasmi dan tempat haji tambahan, kami berharap untuk akhirnya dapat meringankan tunggakan pendaftar haji, dan dengan itu mengurangkan keseluruhan masa menunggu bagi jemaah menunaikan haji.



"Pun begitu, ini bergantung pada tempat-tempat rasmi dan tambahan haji yang diberikan oleh Arab Saudi."



Awal sebelum ini, Berita Harian melaporkan bahawa hampir separuh daripada 4,000 pemohon haji yang ditawarkan Surat Niat (LOI) telah melahirkan kesediaan menunaikan haji tahun ini jika ditawarkan tempat pada saat-saat terakhir.



Muis berkata 1,680 pemohon telah menyatakan kesediaan mereka melalui portal MyHajSG pada tarikh akhir 29 April 2023.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >