Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hakim Hoong Seng Lei kekal Ketua Hakim Mahkamah Negara hingga April 2025

Mar 29, 2023 | 05:30 AM



PELANTIKAN Hakim Vincent Hoong Seng Lei sebagai Ketua Hakim Mahkamah Negara dilanjutkan hingga 11 April 2025.



Dalam satu kenyataan, Mahkamah Negara Singapura berkata Presiden Halimah Yacob melanjutkan pelantikan Hakim Hoong mengikut seksyen 8 A (1) Akta Mahkamah Negara 1970.



Hakim Hoong dilantik sebagai Ketua Hakim Mahkamah Negara pada 1 April 2020 bagi tempoh tiga tahun yang akan berakhir pada 31 Mac 2023.



Sebelum itu, beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Agung pada 10 April 2019 dan kemudian sebagai Hakim Mahkamah Tinggi pada 3 Januari 2020.



Pelantikan beliau sebagai Hakim Mahkamah Tinggi dilanjutkan selama tiga tahun pada 12 April 2022, apabila beliau mencapai usia persaraan 65 tahun.



Mahkamah Negara mengatakan kepimpinan Hakim Hoong membantu mahkamah itu mengemudi tempoh pandemik Covid-19 secara berkesan.



"Beliau memperkenal pelbagai langkah untuk meningkatkan daya tahan operasi Mahkamah Negara, di samping mereka bentuk semula asas perbicaraan Mahkamah Negara dijalankan.



"Ini memastikan keadilan berterusan bagi banyak kes di Mahkamah Negara, di tengah-tengah langkah-langkah pengurusan selamat yang ketat," kata Mahkamah Negara.



Mahkamah itu menambah bahawa sebagai Ketua Hakim Mahkamah Negara, Hakim Hoong memberi tumpuan pada pembangunan keupayaan kehakiman.



"Usahanya termasuk penyusunan semula dalaman kelompok Mahkamah Negara dan merasionalisasikan kerahan pegawai kehakiman bagi memastikan mereka didedahkan kepada disiplin undang-undang yang berbeza, di samping meningkatkan konsistensi dalam amalan pendaftar mahkamah," kata Mahkamah Negara.



Mahkamah itu menambah bahawa Hakim Hoong juga memulakan rangka kerja mentor kehakiman yang tersusun untuk mengukuhkan perkongsian dan pengekalan kepakaran praktikal dengan pangkat Mahkamah Negara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >