Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Harga, bilangan flat jualan semula HDB naik semula pada Oktober

Nov 09, 2023 | 04:07 PM



Harga flat jualan semula Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) naik 0.5 peratus pada Oktober, dan lebih banyak unit dijual ketika pasaran meningkat berikutan penurunan bulan sebelumnya.

Harga flat jualan semula HDB meningkat pada kadar yang lebih pantas pada Oktober, berikutan penurunan 0.6 peratus pada September, berdasarkan data kilat daripada portal hartanah, 99.co dan SRX, pada Khamis. 

Harga naik sebanyak 5.3 peratus dari tahun ke tahun.

Jumlah flat jualan semula yang dijual meningkat semula pada Oktober, naik sebanyak 10.8 peratus kepada anggaran 2,200 unit, berbanding penurunan 19.7 peratus pada bulan sebelumnya.

Berbanding Oktober 2022, urus niaga naik sebanyak 12 peratus.

Ketua eksekutif Huttons Asia, Encik Mark Yip, berkata menurut ejen mereka, lebih ramai pembeli mencari flat di kawasan tengah kerana mereka tidak mempunyai sekatan jualan semula yang ketara, dan ini mungkin menaikkan harga.

“Mereka juga sanggup membayar lebih sedikit untuk flat ini,” tambah beliau.

Flat HDB akan digolongkan dalam tiga kategori Standard, Plus dan Prime mulai separuh kedua 2024, dengan syarat jualan semula yang lebih ketat seperti tempoh kediaman minimum selama 10 tahun.

Jualan yang lebih tinggi pada Oktober juga boleh dikaitkan dengan lebih ramai pemilik yang menjual flat HDB mendapat kunci kepada rumah privet baru mereka, kata ketua penyelidikan dan kandungan PropNex Realty, Cik Wong Siew Ying.

Kira-kira 9,000 rumah privet dan kondominium eksekutif telah siap dibina pada suku ketiga 2023, bekalan suku tahunan tertinggi sejak 2016, kata Cik Wong, memetik data daripada Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA).

“Sesetengah unit ini akan dibeli oleh pemilik flat yang ingin menaik taraf kepada rumah privet,” katanya.

Pembeli ini akan perlu menjual flat HDB mereka dalam tempoh enam bulan selepas hartanah privet mereka siap dibina untuk memohon bayaran balik cukai setem pembeli tambahan, katanya.

Sebanyak 41 flat bertukar pemilik untuk harga sekurang-kurangnya $1 juta pada Oktober, menjadikan jumlah urus niaga jutaan dolar pada 2023 setakat ini kepada 377.

Ini mengatasi rekod urus niaga flat jutaan dolar sebanyak 369 unit pada keseluruhan 2022, kata penganalisis itu.

Semua flat jutaan dolar yang dijual pada Oktober adalah di bandar matang, dengan tujuh setiap satu di Bukit Merah dan Bishan, enam di Queenstown, dan lima setiap satu di Kallang/Whampoa dan Clementi.

Flat jualan semula paling mahal ialah unit lima bilik, 113 meter persegi antara tingkat 19 dengan 21 di Blok 96A Henderson Road, yang dijual pada $1.45 juta.

Bagaimanapun, tiada flat yang melebihi sejuta dolar dijual di estet tidak matang – kali pertama sejak urus niaga sedemikian berlaku di estet-estet tidak matang ini, kata Encik Yip. 

Beliau berkata ini mungkin pemerhatian sekali sahaja.

Harga urus niaga tertinggi di bandar tidak matang ialah $995,888 untuk flat eksekutif seluas 140 meter persegi di Jurong East Street 21.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >