Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hari Vesak pada 2 Jun tahun depan; S'pura akan ada tujuh hujung minggu yang panjang pada 2023

Sep 29, 2022 | 02:23 PM



HARI Vesak tahun depan akan jatuh pada 2 jun dan bukan 3 Jun, kata Kementerian Tenaga Manusia (MOM)  hari ini (29 September).



Tarikh tersebut disemak semula selepas Persekutuan Buddha Singapura mengesahkannya dengan almanak Cina menyusuli maklum balas orang ramai.

Persekutuan itu sebelum ini menasihatkan kementerian tersebut berdasarkan almanak piawai Cina-Barat.



Dalam satu kenyataan di lamannya, persekutuan itu berkata:

“Kami mohon maaf di atas sebarang kesukaran yang berlaku dan pada masa akan datang menjalankan pemeriksaan serta pengesahan tambahan bagi mencegah kejadian serupa daripada berulang.”



Tarikh yang disemak semula itu bermakna Hari Vesak kini jatuh pada Jumaat, justeru menjadikan tujuh cuti hujung minggu yang panjang tahun depan, berbanding enam yang diumumkan pada April lalu.



Hujung minggu panjang sedemikian biasanya popular dengan mereka yang ingin bercuti untuk membuat perancangan perjalanan mereka.



Hujung minggu yang  panjang itu termasuk Tahun Baru 2023 (1 Januari, Ahad); Tahun Baru Cina (22 dan 23 Januari, Ahad dan Isnin); Good Friday (7 April, Jumaat); Hari Buruh (1 Mei, Isnin); Hari Vesak (2 Jun, Jumaat); Deepavali (12 November, Ahad); dan Hari Krismas (25 Disember, Isnin).



Cuti-cuti lain termasuk Hari Raya Puasa (22 April, Sabtu); Hari Raya Haji (29 Jun, Khamis); dan Hari Kebangsaan (9 Ogos, Rabu).



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >