Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HDB rugi $250j bagi projek BTO Ang Mo Kio

Oct 05, 2022 | 05:30 AM



LEMBAGA Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan mengalami kerugian pembangunan sekitar $250 juta bagi projek flat Bina Ikut Tempahan (BTO) Weave @ AMK yang dilancarkan Ogos lalu, kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee.



Kerugian itu mencecah sekitar $270 juta apabila geran perumahan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) bagi pembeli yang layak turut diambil kira, ujarnya.



Encik Lee memberi perangkaan itu semasa menjawab pertanyaan Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP), Encik Leong Mun Wai, yang bertanya berapakah kerugian bersih HDB, kos tanah serta keuntungan bersih dan kedudukan kerugian bagi pemerintah bagi projek tersebut.



Projek di pusat bandar Ang Mo Kio itu merangkumi lima blok perumahan setinggi 21 hingga 32 tingkat serta 896 unit flat fleksi dua bilik, empat bilik, lima bilik dan tiga generasi.



Encik Lee berkata kos tanah yang dianggarkan bagi projek itu ialah sekitar $500 juta.



Ini ditetapkan secara bebas oleh ketua jurunilai dengan menggunakan prinsip penilaian pasaran, tambahnya.



Encik Lee turut menarik perhatian bahawa tanah membentuk sebahagian daripada rizab lalu negara ini.



"Oleh itu, apabila HDB menggunakan tanah itu bagi pembangunan, jumlah yang perlu dibayar HDB bagi tanah itu harus dibayar kepada rizab lalu, yang dilabur dan dikembangkan bagi generasi akan datang.



"Pemerintah tidak boleh menggunakan hasil jualan tanah untuk dibelanjakan dalam Belanjawan," ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >