Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HDB siapkan sekitar 55 peratus daripada projek BTO yang tertunda

Jan 28, 2023 | 03:19 PM



LEBIH separuh daripada projek Flat Bina Ikut Tempahan (BTO) yang tertangguh akibat Covid-19 dalam tempoh dua tahun lalu telah berjaya siap dibina sedang industri pembinaan pulih daripada pandemik itu, kata Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).


Lembaga itu dalam kenyataannya berkata ia telah menyiapkan sekitar 55 peratus daripada projek BTO yang tertunda, atau 52 projek, sepanjang dua tahun lalu, dengan kerjasama rakan binaan dan agensi pemerintah lain.


Ketua Pegawai Eksekutif HDB, Encik Tan Meng Dui, berkata: “Kadar penyiapan projek ini melebihi norma pra-Covid dan sebenarnya adalah yang tertinggi bagi HDB dalam tempoh lima tahun yang lalu.


“Sepanjang dua tahun seterusnya, kami akan terus bekerja keras untuk mengurangkan kelewatan projek BTO kami dan terus menyiapkan lebih banyak rumah untuk pembeli flat kami, tanpa menjejas keselamatan dan mutu.”


Jumlah projek BTO yang tertangguh melebihi Tarikh Penyiapan Dianggarkan (ECD) telah dikurangkan daripada lebih 90 peratus pada 2021 kepada sekitar 40 peratus projek yang sedang dijalankan pada bulan ini, kata HDB.


Sejak 2018, HDB menawarkan beberapa flat BTO dengan masa menunggu lebih pendek kurang tiga tahun, dengan merancang kerja binaan lebih awal bagi tapak tertentu yang bersedia dibangunkan.


Hampir 11,000 flat BTO dengan masa menunggu lebih pendek telah ditawarkan sejauh ini, dengan sekitar 7,200 daripadanya dilancarkan antara 2020 dengan 2022 meskipun di tengah-tengah Covid-19.


Antara projek flat BTO sedemikian ialah Keat Hong Verge di Choa Chu Kang, yang dilancarkan pada separuh kedua 2020 dan bakal disiapkan sepenuhnya pada suku pertama tahun ini.


Ini akan menjadikan ia antara projek BTO dengan masa menunggu terpendek selama 2.1 tahun, dan juga projek BTO yang pertama untuk siap dibina tanpa tertunda sejak Covid-19.


HDB berkata meskipun menghadapi cabaran kekurangan pekerja dan masalah bekalan bahan, projek Keat Hong Verge itu tidak mengalami sebarang tangguhan dan blok yang pertama sudah siap dibina. Baki dua blok dijadual memenuhi ECD pada suku pertama tahun ini.


HDB berkata walaupun projek flat BTO dengan masa menunggu lebih pendek terjejas dek Covid-19, ia menyasar melancarkan lebih banyak flat sedemikian pada masa depan, tertakluk pada ketersediaan dan persediaan tapak.


Tahun lalu, HDB telah melancarkan 23,184 flat BTO untuk penjualan - melebihi komitmen mereka untuk melancarkan 23,000 flat untuk tahun itu.


Ia juga bersedia melancarkan sehingga 100,000 flat antara 2021 dengan 2025.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >