Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HDB tawar 250 flat mesra wargaemas di Bedok pada Dis

Nov 30, 2023 | 03:36 PM



Sekitar 250 unit flat mesra warga emas yang dikenali sebagai Apartmen Penjagaan Masyarakat (CCA) akan ditawarkan di Bedok di bawah program Bina Ikut Tempahan (BTO) Chai Chee Green pada Disember ini.

Menurut Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), CCA menyepadukan perumahan mesra warga emas dengan kegiatan sosial dan khidmat jagaan yang boleh disesuaikan mengikut keperluan penjagaan individu.

Jumlah unit yang ditawarkan itu adalah sebahagian daripada 1,234 flat yang menawarkan jenis tiga, empat dan lima bilik bagi menggalak ikatan antara generasi, serta memupuk keterangkuman dan interaksi masyarakat, kata HDB dalam kenyataannya pada Khamis.

Dibangunkan oleh Kementerian Pembangunan Negara (MND), Kementerian Kesihatan (MOH), dan HDB, ia merupakan projek CCA ketiga yang bakal dilancarkan, berikutan sambutan positif dua projek CCA pertama di Harmony Village @ Bukit Batok dan Queensway Canopy.

“Jika model penjagaan ini terbukti berkesan dan boleh diperluaskan, kami akan meningkatkan bekalan CCA, dan melancarkan sehingga 30 CCA di lokasi berbeza di seluruh Singapura menjelang 2030,” kata HDB.

Pembangunan itu terdiri daripada tujuh blok kediaman dengan 15 tingkat.

Setiap unit CCA dilengkapi dengan kemudahan mesra warga emas seperti palang pemegang, bilik mandi yang boleh diakses kerusi roda dan lantai kalis gelincir.

Berukuran sekitar 32 meter persegi, ia dilengkapi dengan almari, kabinet dan dapur serba lengkap untuk membolehkan penghunian segera tanpa memerlukan banyak pengubahsuaian tambahan.

Penduduk CCA dapat melanggan Pakej Perkhidmatan Asas, yang merangkumi khidmat seperti pemantauan kecemasan 24 jam dan pemeriksaan kesihatan asas.

Perkhidmatan tambahan seperti penghantaran makanan, dobi dan pengemasan disediakan dengan bayaran tambahan.

Bagi memupuk semangat kemasyarakatan dan meningkatkan kesejahteraan warga emas, ruang legar akan disediakan di setiap tingkat, di mana mereka boleh bergaul dan menyertai kegiatan masyarakat.

Projek ini juga menawarkan akses mudah ke kemudahan berhampiran dan pengangkutan awam, termasuk Stesen Bedok North di Laluan Downtown (DTL), dan Stesen Bedok dan Kembangan di Laluan Timur Barat (EWL).

Warga emas yang berminat boleh mengunjungi pameran fizikal flat tersebut di Atrium Hab HDB mulai Khamis, dengan mengatur janji temu dalam talian.

Pameran akan dibuka antara Isnin hingga Jumaat, 8 pagi hingga 5 petang, tidak termasuk hujung minggu dan cuti umum.

Kelayakan untuk CCA memerlukan pemohon dan pasangan mereka, jika berkenaan, berumur sekurang-kurangnya 65 tahun.

Pemohon boleh memilih pajakan antara 15 hingga 35 tahun, memastikan perlindungan sehingga sekurang-kurangnya umur 95 tahun.

Maklumat tambahan mengenai CCA di Chai Chee Green boleh didapati di HDB InfoWeb.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >