Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Home Team lancar sistem uji air kencing automatik Pass

Dec 09, 2022 | 05:30 AM



PESALAH yang sedang menjalani Program Berasaskan Masyarakat (CBP) yang perlu melaporkan diri bagi ujian air kencing kini dapat menjimatkan masa dan tidak perlu berasa segan berbuat demikian sambil diawasi seorang pegawai menerusi sebuah kemudahan ujian automatik baru.



Dipanggil Sistem Pemantauan Automatik Penjara (Pass), pengguna perlu membuat pendaftaran menerusi kaedah imbasan iris dan melakukan ujian air kencing dalam sebuah peti persis tandas mudah alih yang berupaya memeriksa sampel secara automatik tanpa penyeliaan teliti seorang pegawai.



Dicipta oleh Agensi Teknologi dan Sains Home Team (HTX) dengan kerjasama Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS), sistem tanpa sentuhan itu dapat memudahkan pelaksanaan ujian tersebut dengan memerlukan kurang tenaga manusia serta memendekkan prosedur kepada sekitar lima minit, termasuk proses pendaftaran, berbanding sekurang-kurangnya 12 minit jika secara manual.



Dilancarkan pada September lalu, terdapat empat unit Pass di Pusat Penyeliaan Masyarakat Selarang Park.



Ia diletakkan di bawah Percubaan Pembangunan Konsep (POC) sehingga Februari 2024 sebelum disediakan di lebih banyak kemudahan serata pulau menurut perancangan.



Golongan yang diperlukan menjalani ujian air kencing terdiri daripada mereka yang berada di tahap terakhir hukuman penjara di bawah CBP.



Mereka harus melakukan regim penyeliaan ketat seperti 'tagging', sesi kaunseling dan ujian air kencing secara kerap.



Media diajak melihat cara sistem tersebut digunakan di Pusat Penyeliaan Masyarakat Selarang Park semalam.



Menerusi Pass, pesalah akan membuat pendaftaran menerusi imbasan iris sebelum dibenarkan masuk lawang putar ke dalam peti itu.



Pengguna pertama harus membuat pendaftaran imbasan iris bersama SPS dahulu.



Di dalam peti, mereka perlu mengikut arahan di skrin. Apabila sudah sedia, sebuah pintu kecil akan dibuka untuk pengguna membuang air kecil. Sesudah itu ujian air kencing mereka akan diproses.



Sementara menunggu keputusan, pengguna akan dihiburkan tayangan rancangan Mr Bean di skrin.



Di balik peti pula, sebuah lengan robotik akan mengeluarkan kit ujian daripada bungkusannya, mencelupnya masuk ke dalam kolam kecil mengandungi sampel air kencing, dan kemudian mengawasi hasil kit ujian itu menerusi kamera dan sensor.



Jika keputusan didapati negatif, lampu di atas pintu gelas peti itu akan menjadi hijau, dan pesalah dibenarkan keluar dan pulang.



Namun, jika positif atau pesalah didapati menipu dalam ujian tersebut dengan mencampur bahan lain, lampu itu akan menjadi merah dan pintu kekal tutup dan dikunci.



Menurut Ketua Jurutera dari Pusat Kepakaran HTX bagi Perisikan, Interaksi dan Silang Operasi (3i), Robotik dan Sistem tanpa Pengendali dan Automasi (Raus), sistem tersebut dilengkapi teknologi pembelajaran mendalam yang dicipta dengan sokongan daripada pakar sains forensik.



"Kami telah menguji sistem ini dengan melakukan ratusan percubaan menipu. Jadi ia berupaya mengenal pasti sebarang percubaan oleh pengguna yang ingin mengotorkan sampel air kencing mereka dan jika itu berlaku, sistem ini akan memberi isyarat kepada pegawai penjara untuk mengambil tindakan lanjut," katanya.



SPS berkata, lebih 5,000 ujian air kencing dijalankan setiap bulan bagi pesalah di bawah CBP.



Namun buat masa ini, Pass terhad kepada pengguna lelaki sahaja. Pesalah wanita masih perlu melakukan ujian air kencing secara manual di bawah penyeliaan tertentu.



Timbalan Pengarah, Pusat Kepakaran Raus, HTX, Dr Daniel Teo pula berkata:



"Dengan percubaan ini, kami sedang bekerjasama dengan SPS untuk mengubah dan memperbaiki lagi sistem ini sedang kami meneroka untuk menyediakannya di serata pulau."



Dengan adanya Pass, ia juga dapat menjimatkan sumber dan tenaga manusia seperti bilangan pegawai penjara agar mereka dapat melakukan "kerja yang lebih bernilai" untuk menyokong pemulihan pesalah kembali ke pangkuan masyarakat dengan lebih baik, kata SPS.



Menurut Timbalan Superintenden (DSP) Sameeyul Ameen Haji Sulaiman, Ketua Pegawai Keselamatan dan Penguatkuasaan, Komand Pemulihan Masyarakat (COMC) dan Cabang Keselamatan dan Operasi (OSB) penjara dan juga salah seorang pegawai yang bertanggungjawab dalam projek Pass berkata, dalam pelaksanaan ujian air kencing secara manual, seorang pegawai akan menyelia dua individu.



"Dengan Pass, kami tidak perlu mengerahkan pegawai dan dapat memperuntuk sumber manusia bagi urusan lain.



Timbalan Penolong Pesuruhjaya (DAC) Karen Lee, Pengarah COMC pula berkata dengan adanya rancangan untuk meluaskan Pass ke serata pulau, SPS berharap pesalah di bawah penyeliaan dapat menjimatkan masa dengan melawati tempat ujian yang lebih dekat dengan mereka.



"Mereka juga berupaya memberi lebih tumpuan kepada perjalanan pemulihan mereka, dan mengekalkan gaya hidup bebas daripada dadah," tambahnya lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >