SATU skim yang bertujuan menyediakan semua pegawai dengan peluang peningkatan kerjaya akan diperluas ke empat lagi agensi Home Team mulai Julai ini, kata Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri Desmond Lee.
Pegawai Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS), Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dan Biro Narkotik Pusat (CNB) bakal menikmati manfaat skim struktur pangkat bersepadu yang diperkenalkan sebelum ini bagi pegawai polis.