Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ibu Sepanjang Hayat garis matlamat perkasa ibu Melayu/Islam

Fokus pada hubungan golongan ibu dengan anak-anak serta perlunya penjagaan diri
Aug 15, 2022 | 05:30 AM



KUMPULAN Ibu Sepanjang Hayat yang baru ditubuhkan akan memberi tumpuan kepada dua bidang utama demi membantu para ibu Melayu/Islam dalam masyarakat.



Antara aspek yang akan diberi perhatian termasuk menawarkan sokongan kepada ibu yang duduk di rumah agar mengutamakan penjagaan diri selain menawarkan peluang bagi ibu yang bekerja meluangkan lebih banyak masa bersama anak-anak mereka.



Menjelaskan demikian kepada Berita Harian (BH), antara pengasas kumpulan tersebut, Cik Rahayu Ahmad Asi, 45 tahun, berkata pihaknya akur tentang peranan wanita yang berubah-ubah sedang mereka beralih daripada menjadi seorang anak perempuan kepada seorang isteri, menantu, ibu dan kemudian penjaga kepada orang tua.



"Dalam kita melayari pelbagai perubahan peranan dan tanggungjawab sebagai wanita, isteri dan kemudian ibu, ada kalanya kita terlupa apa yang membentuk keperibadian kita atau cuba memahami dan menyelami siapa sebenarnya diri kita," ujar Cik Rahayu.



Ibu Sepanjang Hayat yang berada di bawah naungan pertubuhan bukan mengaup untung, Centre for Fathering dan gerakan Mums for Life bertujuan meraikan peranan penting yang dipegang ibu dalam memperkasa keluarga, menjalin hubungan dengan anak-anak di samping mendakapi daya tahan diri agar dapat menjalani kehidupan yang lebih bermakna dan mempunyai matlamat hidup.



Untuk memahami lebih dekat lagi keprihatinan serta cabaran yang dihadapi para ibu Melayu/Islam, Ibu Sepanjang Hayat telah menjalankan dua program khas sejak kumpulan itu ditubuhkan sekitar Mei lalu.



Yang pertama ialah siri mentakrif semula atau Redefining Series untuk memahami diri dan peranan yang dimainkan para wanita dan satu lagi ialah sesi sembang kopi yang bertujuan mewujudkan kumpulan sokongan dalam kalangan wanita.



"Salah seorang teman pengasas telah menghadiri sesi Mums for Life dan terfikir sekiranya ada kumpulan yang sama tetapi bagi wanita Melayu/Islam adalah sesuatu yang baik.



"Justeru menerusi sesi ini, kami dapat memahami dengan lebih baik lagi cabaran dan isu yang unik kepada ibu-ibu Melayu/Islam," ujar Cik Rahayu yang juga merupakan seorang jurulatih keibubapaan.



Antara yang didapati menerusi sesi tersebut ialah keprihatinan yang diluahkan ibu yang bekerja di mana mereka tidak dapat meluangkan masa yang secukupnya bersama anak-anak sehingga ada yang berasa bersalah tidak dapat melakukan demikian.



Dalam pada itu, terdapat juga para ibu yang tidak bekerja tetapi merasakan banyak masa yang diperuntukkannya adalah untuk anak-anak dan keluarga dan tiada masa untuk diri mereka sendiri.



Isu yang dikemukakan itu sejajar dengan satu kajian ringkas yang dilakukan kumpulan itu ke atas 200 wanita Melayu/Islam.



Dapatan kajian itu menunjukkan secara amnya, dua perkara penting bagi para ibu Melayu/Islam ialah hubungan mereka dengan anak-anak serta perlunya penjagaan diri.



"Kami akan terus menyokong para ibu untuk memastikan mereka menjaga kesejahteraan mereka terlebih dahulu kerana hanya dengan mereka sihat secara fizikal dan mental, barulah mereka dapat melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik.



"Bak analogi apabila berlakunya kecemasan dalam kapal terbang, pramugara selalu menasihatkan agar ibu bapa memakai pelitup oksigen terlebih dahulu sebelum memakaikannya untuk anak mereka



"Lantas si ibu perlu memperuntukan masa untuk menjaga keperluannya sebelum dapat menjaga keperluan anak dan keluarga dengan baik.



"Ini juga tidak dapat dilakukan tanpa sokongan kukuh daripada suami dan anggota keluarga lain," ujarnya lagi.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >