SURUHANJAYA Perlindungan Data Peribadi (PDPC) telah mengenakan denda $750,000 terhadap IHis dan $250,000 terhadap SingHealth kerana melanggari tanggungjawab mereka melindungi data di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA), menurut satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.
"Siasatan PDPC terhadap pelanggaran data berbangkit daripada serangan siber terhadap sistem data pesakit SingHealth, dan kami dapati bahawa IHis telah gagal mengambil langkah-langkah keselamatan yang mencukupi untuk melindungi data peribadi yang disimpan," menurut kenyataan itu.