PENGUASA Pembangunan Infokom Media (IMDA) mengarahkan laman States Times Review menarik balik laporan 'Lee Hsien Loong becomes IMDB's key investigation target' (Lee Hsien Loong jadi sasaran siasatan utama 1MDB) sehingga 5 petang semalam.
Namun, pemeriksaan akhbar ini mendapati laman itu masih mengekalkan laporan tersebut, walaupun waktu yang ditetapkan itu tamat.