Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

IMDA batal lesen The Online Citizen setelah berulang kali enggan isytihar sumber dana

Oct 16, 2021 | 05:30 AM



PENGUASA Pembangunan Infokom Media (IMDA) telah membatalkan lesen The Online Citizen Pte Ltd (TOC) setelah laman itu berulang kali tidak mematuhi syarat lesen sebagai penyedia kandungan Internet (ICP) untuk mengisytihar sumber dananya.



Laman yang berdaftar sebagai ICP, seperti TOC, yang menyediakan kandungan yang memberi tumpuan kepada isu politik di Singapura, perlu telus tentang sumber kewangan mereka, kata IMDA dalam semalam.



"Ini bertujuan mencegah ICP daripada dikawal pelaku asing, atau tertakluk kepada pengaruh entiti atau pendanaan asing, dan untuk memastikan tiada pengaruh asing dalam politik domestik," kata IMDA.



Meskipun IMDA telah berkali memberi peringatan dan tempoh lanjutan, TOC gagal mematuhi peraturan untuk membuat pengisytiharan tahunan bagi sumber pendanaannya, menurut IMDA lagi.



Sebelum ini, IMDA telah menggantung lesen kelas TOC pada 14 September 2021 dan telah memberi peluang terakhir hingga 28 September 2021 bagi laman itu untuk menyerahkan maklumat yang diperlukan.



Namun, TOC masih belum menyerahkan maklumat yang diperlukan hingga 14 Oktober 2021.



Pada masa yang sama, TOC secara terbuka juga telah berkata bahawa mereka tidak akan menyerahkan maklumat yang diperlukan.



"Keengganan TOC yang jelas dan berterusan untuk bersikap telus dan memberikan maklumat yang diperlukan untuk mematuhi sepenuhnya Akta Penyiaran dan Pemberitahuan Penyiaran (Lesen Kelas) memaksa IMDA untuk meneruskan dengan pembatalan lesen kelas TOC dengan serta-merta," kata IMDA.



Ia menjadi kesalahan bagi TOC untuk mengendalikan sebarang perkhidmatan penyiaran berlesen, termasuk sebarang perkhidmatan penyiaran yang baru, tanpa lesen.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >