Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Inisiatif baru Mendaki sokong belia Melayu/Islam lancar kerjaya pilihan

Usaha baru MARA perkasa belia dan profesional muda harungi masa depan
Oct 23, 2023 | 07:26 PM



Kelab Mendaki telah merombak program pembangunan kerjaya untuk graduan pelajar dan profesional muda melalui program baru yang diberi nama Mara.

Mara (bermaksud ke depan atau maju) bertujuan menyokong belia Melayu/Islam melancarkan dan mengekalkan kerjaya pilihan yang berjaya melalui pelbagai program yang direka untuk melengkapkan mereka pada masa depan.

Antara matlamat Mara adalah meningkatkan pengetahuan industri yang berkembang, kemahiran mencari pekerjaan, menjadi sumber penting, bimbingan pakar dan modal sosial dengan mengadakan kerjasama rapat dengan rakan kongsi industri dan profesional.

Struktur program yang diperbaharui Mara terdiri daripada tiga landasan pelengkap: Perbualan Mara, Pementoran Mara, dan Konvensyen Mara.

Ia berusaha memenuhi kepelbagaian keperluan serta minat pelajar bakal graduan dan profesional muda untuk mencatatkan trajektori kerjaya yang bermakna melalui kaedah penglibatan berbeza yang diadakan sepanjang tahun.

Antara peserta sesi Perbualan Mara, satu siri suku tahunan yang diadakan September lalu, ialah Encik Syahmi Mansor, seorang karyawan dalam bidang teknologi maklumat (IT) yang berada pada peringkat awal kerjayanya.

Mengimbas pengalaman bermakna menghadiri sesi itu, beliau berkata: “Ia memberi peluang yang tidak ternilai untuk berhubung dengan individu yang berfikiran sealiran dalam usaha mencari prospek pertumbuhan baru.

“Ia meningkatkan keyakinan saya meneroka kerjaya yang belum diterokai, dan pandangan yang dikongsi oleh ahli panel dari perspektif perekrut benar-benar mencerahkan.”

Sesi Perbualan Mara menampilkan profesional dengan kepakaran dalam bidang seperti wadah digital dan keselamatan, keselamatan siber, pembangunan produk dan Perundingan IT.

Bagi Cik Fika Dwirishcka, pelajar tahun empat bidang sosiologi di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) daripada Kohort Pementoran Mara tahun ini, sesi itu membantu mempersiap dirinya melangkah ke alam pekerjaan.

“Saya yakin dengan pengetahuan yang saya timba daripada sesi Pementoran Mara.

“Saya bersyukur dan bertuah telah digandingkan dengan mentor berpengetahuan yang arif tentang kerjaya pilihan saya. Ini menyenangkan saya mendapat pandangan tentang industri perundingan dan teknologi,” kata Cik Fika.

Konvensyen Mara, yang akan diadakan pada 2 Disember 2023, pula adalah konvensyen kerjaya tahunan dan rangkaian acara yang akan menghimpunkan mahasiswa, graduan belia dan profesional muda dari pelbagai industri.


Ia dibuka kepada sesiapa yang berminat mengembangkan rangkaian profesional mereka dan memperoleh pandangan tentang pasaran pekerjaan semasa.


Mengulas usaha itu, Cik Amalina Abdul Nasir, Naib Presiden Kelab Mendaki, berkata:

“Penambahbaikan ini adalah tindak balas langsung kepada maklum balas berharga yang kami kumpulkan daripada pengalaman bertahun-tahun menjalankan inisiatif pembangunan kerjaya untuk komuniti belia kami.

“Komitmen kami tidak berbelah bagi untuk memperkasa dan melengkapkan profesional muda untuk terus memacu agenda kami ke hadapan.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >