Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Inisiatif 'CarbootSG' bawa keceriaan Aidilfitri kepada keluarga tinggal di flat sewa

Apr 21, 2023 | 02:27 PM



LEBIH 200 habuan makanan dan lauk hari raya di agihkan kepada penduduk flat sewa di Blok 447A Bukit Batok West Ave 9 pada Jumaat petang dalam usaha membawa keceriaan sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri.



Usaha tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif CarbootSG, yang disokong oleh Yayasan Temasek dan dianjurkan dengan kerjasama Project Goodwill Aid.



Melibatkan lebih sekitar 100 sukarelawan, CarbootSG bertujuan untuk menawarkan barangan keperluan harian serta serta juadah perayaan dan pakaian baru menjelang Hari Raya.



Pek habuan makanan yang di agihkan termasuk barangan seperti beras, minyak, gula, biskut, mi dan barang keperluan lain.



Sempena perayaan ini, benefisiari juga menerima lauk makanan hari raya.



Ini termasuk lontong, sayur lodeh, sambal goreng pengantin, ayam masak merah dan juga serunding.



Selain habuan makanan dan makanan panas, seramai 60 kanak-kanak juga berpeluang menerima pakaian Hari Raya baru dua minggu yang lalu.



Kanak-kanak  daripada keluarga yang dikenal pasti  ini telah di bawa bersiar-siar ke Joo Chiat Complex membeli baju kurung supaya dapat menikmati perayaan seperti rakan sebaya mereka.



Dengan pemansuhan sekatan Covid-19 tahun ini, Naib Pengerusi, CarbootSG, Cik Siti Nurani Salim berkata beliau melahirkan perasaan gembira dapat membawa keceriaan kepada mereka yang memerlukan.



“Senyuman yang terukir di muka kanak-kanak yang kita membantu itu terus memberi kami semangat untuk menghulur bantuan,” katanya.



Beliau yang juga merupakan pengasas Project Goodwill Aid berkata inisiatif ini mungkin tidak dapat dijalankan tanpa sokongan Yayasan Temasek.



“Tahun ini memang mencabar untuk mendapatkan pendanaan dan tajaan terutamanya kerana keadaan ekonomi yang kurang baik.



“Namun, dengan sokongan Yayasan Temasek, kami dapat teruskan usaha kami untuk membantu mereka yang memerlukan sempena musim perayaan ini.”



CarbootSG telah mengadakan pengagihan barangan runcit secara tetap sepanjang tahun sejak permulaan Covid-19 pada tahun 2021. 



Kira-kira 500 hingga 600 individu dalam tempoh dua tahun lepas mendapat manfaat daripada inisiatif ini.



Memahami kesukaran yang dihadapi oleh keluarga berpendapatan rendah sepanjang Ramadan, CarbootSG telah melaksanakan usaha ini di beberapa tempat di Singapura.



Ini termasuk Telok Blangah, Boon Lay, Bukit Batok, Chua Chu Kang dan Jurong.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >