Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

WASPADA PENIPU DALAM TALIAN

Iras beri amaran pancingan data sasar pembayar cukai

Oct 05, 2022 | 05:30 AM



DUA varian penipuan pancingan data baru yang menyasarkan pembayar cukai kini semakin popular - satu menawarkan bayaran balik cukai, manakala satu lagi melibatkan dakwaan pendapatan tidak dilaporkan dan mengelak cukai.



Penguasa Hasil Mahsul Singapura (Iras) mengeluarkan amaran kepada orang ramai semalam.



E-mel dengan nama pengirim "Iras-gov.sg" akan dihantar kepada orang ramai, mengarahkan mereka untuk mengklik pada pautan dalam e-mel untuk menerima bayaran balik cukai, lapor The Straits Times.



Pautan itu kemudian membawa pengguna kepada pelbagai lelaman, termasuk lelaman log masuk Portal myTax palsu, di mana mereka digesa memasukkan butiran peribadi seperti nama penuh, nombor telefon, kod pos dan butiran kad kredit mereka.



Satu lagi varian pancingan data menyasarkan orang ramai melalui mesej khidmat pesanan ringkas (SMS), di mana penipu akan mendapatkan maklumat kononnya berhubung "pendapatan tidak dilaporkan dan pengelakan cukai".



Pengirim, "Mysgtax", akan mengarahkan bakal mangsa untuk mengklik pada pautan dalam mesej untuk memberikan penjelasan kepada tuduhan yang didakwa.



Pautan itu kemudian membawa pengguna kepada lelaman Iras palsu, di mana mereka digesa untuk memasukkan nama penuh dan butiran kad kredit mereka.



Untuk mengelak daripada ditipu, orang ramai dinasihatkan hanya mengklik pautan daripada "iras.gov.sg" atau "go.gov.sg" di dalamnya sahaja.



Untuk melaksanakan urus niaga cukai dengan selamat, pembayar cukai perlu log masuk ke akaun Singpass untuk menggunakan Portal myTax untuk mengakses borang dan perkhidmatan yang berkaitan, kata Iras.



Pada bulan Jun lalu, Iras mengeluarkan amaran kepada orang ramai terhadap panggilan penipuan dan e-mel yang meminta maklumat peribadi daripada pembayar cukai, atau menggesa mereka menyemak cukai pendapatan korporat mereka melalui dokumen palsu yang dilampirkan.



Awal tahun ini, dilaporkan sekitar 51 mangsa di sini telah menjadi mangsa penipuan penyamaran Iras dan rugi lebih $37,400 pada bulan Julai sahaja.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >