Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

IRO sambut ulang tahun ke-74

May 22, 2023 | 08:04 PM



DARI masa ke semasa, Singapura akan berdepan keadaan berbaur kaum atau inividu yang menjadi radikal.

Ini akibat dunia yang semakin global, serta pengaruh internet dan media sosial yang memudahkan penyebaran ajaran ekstrem tanpa halangan batasan sempadan.

Sementara undang-undang dan dasar negara kekal memainkan peranan penting dalam memastikan keamanan dan hidup berharmoni di sini, apa yang lebih penting adalah untuk mengukuhkan lagi keyakinan dan sikap saling menghormati antara rakyat berbilang kepercayaan.

Demikian dinyatakan Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, yang menjadi tetamu terhormat dalam acara sambutan ulang tahun ke-74  Pertubuhan Antara Agama (IRO) pada malam Isnin di Kelab Raffles Town di Stevens Road.

Sekitar 100 tetamu hadir di acara itu termasuk wakil-wakil daripada 10 agama di sini.

Dalam ucapannya itu, Encik Heng berkata kumpulan sivik seperti IRO akan terus memainkan peranan penting dalam mengeratkan lagi kapital sosial Singapura dengan menggalakkan perbincangan dan interaksi antara agama.

Beliau menegaskan bahawa meskipun Singapura telah melakukan yang terbaik bagi mengekalkan keamanannya sejak kian lama, ia penting bagi orang ramai diingatkan bahawa hidup berharmoni antara agama adalah satu usaha berterusan.

Encik Heng berkata: “Terdapat pelbagai masyarakat (di luar) yang berpecah-belah atas garisan kaum atau agama, dengan setiap kumpulan mendepankan hak dan pandangan mereka sendiri dengan tegas, membuatnya sukar untuk mencapai kefahaman terhadap isu-isu penting.

“Di Singapura pula, kadang-kadang kami juga melihat beberapa kejadian penyebaran kenyataan berbaur perkauman atau radikalisasi beberapa individu tertentu.”

Encik Heng berkata selain undang-undang dan dasar negara seperti perlembagaan yang menetapkan setiap individu diberi hak untuk mengamalkan agamanya dengan bebas serta Akta Mengekalkan Keharmonian Agama (MRHA), kumpulan sivik seperti IRO kekal memainkan peranan dalam membina dan mengukuhkan lagi keyakinan antara kaum.

IRO, ditubuhkan pada 1949 dan mewakili 10 agama, antara lain memainkan peranan dalam menggalakkan keamanan dan perpaduan semasa pemberontakan kaum dan agama pada zaman 1950-an dan 1960-an di Singapura.

Ia juga satu amalan yang sering dilakukan pemimpin agama di bahawa IRO, di mana kesemua wakil agama akan mengadakan upacara dalam acara-acara rasmi di sini.

IRO juga secara kerap, menganjurkan sesi perbincangan, seminar dan bengkel bagi menggalak kefahaman antara agama serta kerja amal bagi golongan rentan di Singapura dan luar negara.

“Keharmonian agama yang kita nikmati di Singapura tidak datang begitu sahaja,” kata Encik Heng.

Satu kajian oleh Pusat Penyelidikan Pew, yang berpangkalan di Amerika Syarikat mendapati bahawa Singapura adalah negara yang mempunyai tahap kepelbagaian kaum tertinggi di dunia.

Presiden IRO, Paderi Reverend Terry Kee, dalam ucapannya berkata tugas IRO sejak kian lama adalah satu visi penting bukan sahaja bagi generasi masa kini tetapi generasi akan datang.

“Ramai daripada kami yang menyertai pertubuhan ini sebagai wakil daripada agama masing-masing tetapi lama-kelamaan kami menjadi sahabat baik.

“Ini juga satu model yang baik untuk kami bekerjasama melestarikannya, di mana meskipun terdapat perbezaan (antara agama kami) kami harus bekerjasama demi kebaikan semua,” tambah Paderi Kee.

Encik Heng berkata IRO telah memainkan pernanan penting dengan membina keyakinan dan kefahaman luar biasa antara rakyat yang perlu dilestari dan dibangunkan.

“Dalam sebuah dunia yang kian bergolak dan berpecah-belah, kebolehan kita untuk mengekalkan harmoni kepelbagaian kaum sangat penting. Kita tidak boleh bersikap sambil lewa,” tegasnya lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >