Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jalan raya dijangka sesak di Serangoon Road semasa Deepavali

Nov 03, 2021 | 05:30 AM



PENGGUNA jalan raya dinasihatkan untuk merancang laluan alternatif dan memandu dengan berhati-hati di tengah-tengah kesesakan lalu lintas yang dijangka berlaku di Serangoon Road semasa perayaan Deepavali.



Dalam satu nasihat yang dikeluarkan semalam mengenai sambutan Deepavali di Little India, polis berkata pegawai polis auksiliari akan mengawal lalu lintas di jalan yang terjejas dan tindakan penguatkuasaan ketat akan diambil terhadap pemandu yang meletak kenderaan secara haram.



Orang ramai juga dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada terhadap jenayah, lapor The Straits Times.



Polis mengingatkan orang ramai untuk menjaga barangan mereka, mengelakkan memakai barang kemas berlebihan dan membawa wang tunai dalam jumlah yang banyak dan menghubungi 999 dengan segera jika mereka menyaksikan jenayah atau aktiviti mencurigakan.



Polis juga memberi amaran terhadap penggunaan alat letupan yang dibuat daripada bunga api kerana ia boleh menyebabkan kebakaran yang boleh membahayakan orang ramai.



Sesiapa yang didapati meletupkan alat sedemikian boleh didakwa atas perbuatan cuai melibatkan bahan letupan dan boleh dipenjara sehingga setahun atau didenda sehingga $5,000.



Jika alat letupan itu menyebabkan kecederaan, mereka yang bertanggungjawab meletupkannya boleh didakwa atas menyebabkan kecederaan dengan bahan panas atau bahan peledak secara sukarela.



Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara sehingga tujuh tahun, didenda, disebat atau dikenakan sebarang kombinasi hukuman tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >