Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jalan 'Sang Nila Utama Road' dibuka di Bidadari mulai 25 Sep

Aug 19, 2022 | 03:52 PM



SANG Nila Utama Road - jalan raya baru sepanjang 250 meter di estet Bidadari - akan dibuka sebahagiannya kepada lalu lintas mulai 25 September ini pada 8 pagi, umum Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) hari ini (19 Ogos).



Jalan raya itu, yang dinamakan sempena nama putera Palembang yang mengasaskan kerajaan Singapura lebih 700 tahun lalu, juga mencerminkan kepentingan warisan Sekolah Menengah Sang Nila Utama yang terletak di kawasan Bidadari itu dahulu, akan dibuka dengan satu lorong di setiap arah.



Ia dijangka dibuka sepenuhnya pada separuh pertama 2024 dengan dua lorong di setiap arah.



Jalan raya baru itu akan menggantikan Vernon Park Road, yang akan ditutup secara kekal.



Sang Nila Utama Road akan dihubungkan ke Mount Vernon Lane dan bersambung semula ke Mount Vernon Road untuk memudahkan lalu lintas ke arah Mount Vernon Road.







HDB berkata sekatan, papan tanda lencongan dan pengawal trafik akan dikerahkan di tempat itu untuk membimbing pemandu.



“Pemandu dinasihatkan untuk memandu dengan berhati-hati dan memerhatikan papan tanda maklumat yang dipaparkan,” kata mereka.



Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, dalam satu catatan Facebook pada Jumaat berkata pemandu boleh menggunakan jalan raya baru itu untuk memasuki Mt Vernon Road dari Upper Aljunied Road dan sebaliknya.



Encik Lee berkata nama jalan raya itu diumumkan pada 2019 selepas mengambil kira kepentingan Sang Nila Utama, yang tiba di sini pada 1299, sekali gus menandakan permulaan sejarah negara ini.





Sang Nila Utama Road itu juga terletak di sebelah tapak bekas Sekolah Menengah Sang Nila Utama.



Mantan Anggota Parlimen, Encik Yatiman Yusof dan Encik Wan Hussin Zoohri, yang merupakan diantara bekas pelajar sekolah tersebut, sebelum ini telah memberi saranan bagi sebuah jalan raya di estet itu dinamakan sebagai ‘Sang Nila Utama Road’.



“Sekolah itu merupakan satu daripada dua sekolah menengah aliran Melayu yang pertama di Singapura, dan memainkan peranan penting dalam membangunkan pendidikan Melayu di Singapura,” kata Encik Lee dalam catatannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >