Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jambatan basikal terpanjang di S’pura dibina jelang 2027

Oct 05, 2023 | 05:51 PM



Jambatan basikal sepanjang 682 meter yang melintasi 14 lorong Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) akan dibina berhampiran Sekolah Rendah St Andrew’s menjelang 2027.

Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada Khamis telah menjemput tender untuk membina jambatan itu, yang terpanjang seumpamanya di Singapura.

Ia akan membentuk sebahagian daripada laluan penghubung baru sepanjang 1.2 kilometer yang akan membolehkan pejalan kaki dan penunggang basikal melakukan perjalanan dengan lancar antara penghubung taman bersebelahan Maktab Rendah St Andrew’s dengan taman kejiranan di Jalan Taman.

Tanjakan dan laluan bawah jambatan juga akan dibina berhampiran Mar Thoma Road di Bendemeer.

Kerja-kerja pembinaan tersebut adalah sebahagian daripada projek lebih besar URA untuk menjadikan Penghubung Taman Kallang sebuah laluan ulang-alik yang menawarkan perjalanan lancar.

Laluan sepanjang 10 kilometer itu akan mengurangkan masa diperlukan untuk berbasikal dari Bishan ke Kawasan Pusat Bandar (CBD) dari sekitar satu hingga satu setengah jam kepada sekitar 30 hingga 45 minit.

Lima lagi penghubung yang membentuk laluan berbasikal Bishan ke CBD dibuka kepada orang ramai pada Khamis selepas pembinaan bermula lebih dua tahun lalu.


Ini termasuk menambah baik laluan bawah jambatan di Ekspreswe Central (CTE) berhampiran Lorong 8 Toa Payoh, serta satu lagi laluan bawah jambatan di Geylang Road.

Di samping itu, dua laluan bawah jambatan baru di Upper Boon Keng dan Kallang Bahru, serta lintasan jalan raya baru di Serangoon Road dan Bendemeer Road dibina.

Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, yang merasmikan pembukaan laluan penghubung tersebut, berkata projek Bishan ke CBD itu menyokong objektif kemampanan negara dengan menyediakan perjalanan lebih hijau.

“Projek ini telah membolehkan kami mewujudkan ruang awam yang bersemangat bersama masyarakat. Kami juga mempunyai rancangan untuk meningkatkan akses penduduk ke Sungai Kallang,” tambahnya.

Di laluan bawah jambatan di CTE, ketinggiannya ditambah daripada 1.9 meter kepada 2.4 meter, dan lampu telah dipasang untuk menerangkan kawasan itu.

Sebuah mural sepanjang 110 meter, yang menggambarkan pemandangan Sungai Kallang sejak beberapa tahun lepas, serta tempat duduk juga dibina di laluan bawah jambatan di CTE.

Untuk mewujudkan keberadaan di situ, URA menambah bahawa lantai di sebelah ruang tempat duduk tersebut dihiasi corak beralun dan tatahan tembaga ikan untuk menghidupkan pemandangan sungai.

Lampu biru dipancarkan ke lantai antara 7 malam dengan 12 tengah malam untuk memperhebat corak beralun tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >