Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jambatan runtuh di India: PM Lee beri ucap takziah

Nov 02, 2022 | 05:30 AM



PERDANA Menteri Encik Lee Hsien Loong telah menyampaikan ucapan takziah kepada Perdana Menteri India, Encik Narendra Modi, atas keruntuhan jambatan Morbi di Gujarat, India.



Dalam teks surat itu, Encik Lee berkata beliau sedih apabila dimaklumkan mengenai insiden tragik tersebut yang menyebabkan mangsa terkorban.



"Bagi pihak pemerintah Singapura, saya ingin menyampaikan salam takziah dan simpati setulus ikhlas kepada keluarga mangsa.



"Kami bersama rakyat India dalam masa kesedihan ini dan saya harap mereka yang tercedera cepat sembuh," kata Encik Lee.



Konsulat-Jeneral Singapura di Mumbai sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan mengenai keadaan itu.



Buat masa ini tiada laporan mengenai rakyat Singapura dalam kalangan yang terkorban atau cedera.



Kementerian Ehwal Luar (MFA) akan terus memantau perkembangan dengan teliti.



Menurut laporan Reuters, polis India telah menahan sembilan orang kelmarin, termasuk kerani tiket dan kontraktor.



Ini kerana polis sedang menyiasat keruntuhan jambatan di mana sekurang-kurangnya 134 orang, termasuk kanak-kanak, terkorban.



Rakaman CCTV sejurus sebelum keruntuhan itu menunjukkan sekumpulan lelaki muda mengambil gambar, manakala yang lain cuba untuk menggerakkan jambatan tergantung di Morbi itu dari kiri ke kanan, sebelum mereka terjatuh ke dalam sungai kerana kabel jambatan itu terputus.



Jambatan pejalan kaki era kolonial itu merentasi Sungai Machchhu di tengah bandar Morbi dan dipenuhi pengunjung yang sedang menikmati perayaan percutian apabila ia runtuh pada petang Ahad, yang menyebabkan mangsa terjatuh kira-kira 10 meter ke dalam sungai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >