Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HAJI 2022

Jemaah dibantu GSA ulang kaji sebelum lakukan wuquf

Jul 08, 2022 | 05:30 AM



JEMAAH Singapura yang berada di Arab Saudi sudah bersedia menjalani kemuncak haji hari ini, iaitu wuquf di Arafah. Sebelum ini, mereka menginap di Shisha di Makkah, sebelum berangkat ke Arafah semalam.



Semasa dihubungi Berita Harian, jemaah haji kali pertama Singapura, Encik Muhammad Nizam Adli Saparin, 46 tahun, berkata: "Pengalaman sejauh ini amat menarik dan luar biasa, terutama apabila jemaah ditempatkan di perumahan Shisha, di mana terasa kehidupan bermasyarakat, berkongsi tempat tidur dan makan beramai-ramai."



Encik Nizam dan isteri beliau, Cik Nurneeza Ali, dapat menunaikan haji di bawah kuota tambahan yang diberikan Arab Saudi kepada Singapura. Beliau memilih khidmat ejen penjualan pakej haji (GSA) Shahidah Travel & Tours.



Beliau berkata Shahidah banyak melakukan ulang kaji dengan jemaah ketika di Shisha sebagai persiapan mereka sebelum melakukan wuquf.



Seorang lagi jemaah, Encik Kamaruzaman Abd Gaffar, 57 tahun, yang juga berpeluang menunaikan haji di bawah kuota tambahan, memberitahu BH bahawa GSA-nya, Noor Mohamad Services & Travel, juga melakukan ulang kaji dengan jemaah.



"Di penginapan kami di Sofa Al-Ikhwah 2, kesemua jemaah daripada konsortium Jalaluddin Travel & Services, yang termasuk Noor Mohamad Services & Travel dan Hagel Travel, (menetap di bawah) satu bumbung.



"Selepas setiap solat waktu berjemaah, ada ulang kaji manasik (seluruh amalan) haji dan juga penerapan rohani untuk menyiapkan jemaah.



"Asatizah dari Singapura dan para mutawif (pembimbing) akan kerap mengingatkan kami kepentingan setiap fasa ibadah haji," katanya.



Encik Kamaruzaman menambah bahawa jemaah dibawa melawat Kompleks Jamrah pada Selasa lalu "supaya mereka tidak kekok atau khuatir nanti bila berada di sana pada malam Hari Raya untuk melontar jamrah".



"Kami diorientasi tentang tempat tersebut, yang pegerakannya adalah satu haluan sahaja. Selain itu jemaah dinasihatkan supaya bawa barang-barang yang perlu sahaja untuk ke Arafah, sebab perjalanan kami nanti agak jauh," tambahnya, yang ke Tanah Suci bersama isterinya, Cik Mastura Omar.



GSA yang dihubungi BH turut berkata mereka ada menjalankan program ulang kaji dan penyesuaian sebelum kemuncak haji hari ini.



Pengarah Noor Mohamad Services & Travel, Ustazah Juyda Noor Mohamad, berkata: "(Kelmarin dan semalam), hampir kesemua agensi melakukan program jalan kaki ke daerah jamrah untuk jemaah menyesuaikan diri dan tahu perjalanan dari Shisha ke jamrah dan dari jamrah ke Shisha."



Pengurus Besar Halijah Travels, Encik Haffidz Abdul Hamid, pula berkata pihaknya telah mengadakan sesi ulang kaji dan telah memberitahu jemaah tentang keperluan serta barang peribadi yang perlu dibawa ke Arafah.



"Kami juga menasihati jemaah agar menjaga kesihatan mereka serta tahu kemampuan badan sendiri dan jangan terlalu memaksa diri, selain mendapatkan rehat yang mencukupi," tambahnya.



Sementara itu, Pemilik Kumpulan Shahidah Travel & Tours, Encik Ayoob Angullia, berkata pihaknya sering mengingatkan jemaah supaya menjaga kesihatan dan kebersihan, terutama dengan pandemik Covid-19 masih berleluasa.



"Kami selalu ingatkan mereka supaya memakai pelitup walaupun di musollah... dan bekerjasama dalam memastikan kebersihan terjaga.



"Pihak kami juga banyak membawa penyembur sanitizer dari Singapura untuk digunakan (di sana)," kata Encik Ayoob.



Seramai sejuta jemaah, termasuk 850,000 jemaah asing, berpeluang menunaikan rukun Islam kelima itu tahun ini.



Ini kali pertama jemaah asing dibenarkan menunaikan haji setelah dua tahun tidak dibolehkan melakukannya disebabkan Covid-19.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >