Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Jualan rancak sempena Black Friday

Nov 28, 2020 | 05:30 AM



JUALAN murah Black Friday mencetuskan tarikan membeli-belah di tengah-tengah kemelesetan ekonomi akibat pandemik Covid-19, dengan kedai-kedai menawarkan potongan harga untuk menarik pelanggan.



Sepanjang dua hari lalu, baucar membeli-belah bernilai kira-kira $150,000 diterbitkan di akhbar-akhbar Singapore Press Holdings (SPH).



Peruncit terbesar setempat seperti BHG, COURTS, Gain City, Harvey Norman dan Metro menawarkan enam baucar beli-belah kepada pembaca akhbar SPH.



Untuk mendapatkan baucar, pembaca hanya perlu mengimbas kod QR yang disediakan dalam akhbar-akhbar SPH - The Straits Times, The New Paper, Berita Harian, Shin Min, Lianhe Zaobao dan Lianhe Wanbao - dan membuat akaun secara dalam talian.



Baucar unik itu kemudian akan dihantar ke alamat e-mel pembaca.



Dalam pada itu, Persatuan Perniagaan Orchard Road (ORBA) menganjurkan Pesta Membeli-Belah Black Friday maya pertamanya di Orchard Road tahun ini.



Selama 72 jam mulai semalam hingga esok, pelanggan boleh menikmati tawaran hebat dan hiburan daripada lebih 60 jenama besar dan 20 pusat membeli-belah sepanjang Great Street sepanjang hujung minggu ini.



Kempen dalam talian itu, yang membawa tema #THANKORCHARDITSBLACKFRIDAY, disokong Lembaga Pelancongan Singapura.



Dalam kenyataan ORBA semalam, ia berkata pesta membeli-belah maya itu bertujuan "membangkitkan perbelanjaan tempatan bagi banyak peruncit di daerah itu yang terjejas teruk oleh pandemik Covid-19 disebabkan langkah pengurusan selamat yang menyebabkan bilangan pelanggan dan jualan di kedai merosot".



Selain menawarkan promosi hebat, acara siaran langsung selama tiga hari ini juga mempamerkan sifat unik Orchard Road termasuk makanan, seni, warisan dan gaya hidup.



Pengerusi ORBA Encik Mark Shaw berkata:



"Sepanjang Pesta Membeli-Belah Black Friday maya pertama Orchard Road, kami berharap untuk memberi pengunjung kami pengalaman membeli-belah dalam talian yang unik. Pada masa yang sama, ini juga adalah peluang untuk pihak berkepentingan kami mempromosikan perniagaan mereka sambil mempamerkan daerah kami sebagai destinasi gaya hidup penting dengan warisan yang kaya bukan hanya dalam peruncitan tetapi juga makanan dan seni.



"Sebagai pengurus tempat (Place Manager) Orchard Road, kami berdiri teguh bersama pihak berkepentingan kami yang terjejas oleh cabaran yang belum pernah terjadi sebelumnya akibat Covid-19. Kami akan terus bekerja rapat dengan rakan kongsi kami untuk menyajikan konsep baru bagi mempromosikan keperluan perniagaan di Great Street kami."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >