Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kadar faedah pinjaman rumah, kereta capai paras tertinggi

Oct 05, 2022 | 05:30 AM



KADAR faedah pinjaman perumahan di Singapura mencecah 3.85 peratus, paras tertinggi yang belum dicapai sejak beberapa tahun ini.



Selain kadar pinjaman rumah, kadar faedah bagi pinjaman kereta baru turut meningkat, dengan beberapa bank meningkatkan kadar kepada 2.78 peratus dari 2.28 peratus pada Mei. lalu.



Kenaikan kadar faedah itu berlaku di tengah-tengah sekitaran kadar faedah yang semakin meningkat menyusuli langkah Lembaga Simpanan Federal Amerika baru-baru ini.



Semalam, bank UOB menaikkan kadar faedah pinjaman perumahan dengan melancarkan pakej kadar faedah tetap dua tahun pada 3.75 peratus setahun dan pakej kadar faedah tetap tiga tahun pada 3.85 peratus setahun.



Kadar itu adalah 0.77 mata peratusan lebih tinggi daripada pakej kadar faedah tetap yang ditarik balik oleh bank itu sebelum ini lewat bulan lalu.



Kenaikan kadar UOB adalah berikutan langkah DBS menaikkan kadar bagi pakej kadar faedah tetapnya kepada 3.5 peratus setahun pagi semalam.



Menurut laman web DBS semalam, pemilik rumah boleh memilih antara pakej kadar faedah tetap selama dua, tiga, empat dan lima tahun, semuanya pada kadar 3.5 peratus setahun.



Ini adalah 0.75 mata peratusan lebih tinggi daripada pakej kadar faedah tetap daripada DBS sebelum ini yang ditawarkan pada 2.75 peratus setahun.



Kadar faedah 3.5 peratus itu juga di bawah paras kadar faedah jangka sederhana, yang dinaikkan kepada 4 peratus Jumaat lalu sebagai sebahagian daripada set langkah penyejukan pasaran hartanah terbaru pemerintah.



Kadar faedah jangka sederhana digunakan untuk mengira jumlah nisbah bayaran hutang, yang kekal pada 55 peratus dan merujuk kepada bahagian pendapatan kasar bulanan peminjam yang digunakan untuk membayar balik semua obligasi hutang bulanannya.



Sebagai contoh, pemilik rumah yang yang mengambil pakej kadar faedah tetap tiga tahun baru UOB, dengan jumlah pinjaman $500,000 dan tempoh 30 tahun, akan membayar ansuran bulanan sebanyak $2,344.



Ini adalah $214 lebih daripada apa yang beliau akan bayar berbanding pakej kadar faedah tetap tiga tahun bank itu sebelum ini.



Jika pemilik rumah yang sama mengambil pakej dua tahun baru UOB, beliau kini perlu membayar $2,316 setiap bulan, naik $213 daripada pakej sebelumnya.



Bagi DBS pula, mereka yang mempunyai pinjaman $500,000 dengan tempoh 30 tahun membayar ansuran bulanan sebanyak $2,041 pada kadar 2.75 peratus sebelum ini.



Dengan kadar baru 3.5 peratus DBS, ansuran bulanannya akan meningkat sebanyak $204 kepada $2,245.



Dalam pada itu, mereka yang membeli kereta baru juga dikenakan kadar faedah lebih tinggi.



Beberapa bank dan institusi kewangan menaikkan kadar faedah sebanyak 0.5 mata peratusan mencapai 2.78 peratus.



Bagi kereta Honda HR-V, kadar faedah tambahan itu akan meningkatkan pembayaran sebanyak $3,150, menurut The Straits Times (ST).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >