Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HARI SAF

Kemahiran tentera kini boleh dirasmikan secara profesional

Jul 01, 2022 | 05:30 AM



778 anggota beruniform SAF dari ibu pejabat Mindef, Tentera Darat, Tentera Laut, Tentera Udara dan Gabungan (Joint) dinaikkan pangkat tahun ini. Mereka terdiri daripada pegawai sepenuh masa dan Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara (ORNS). BERITA HARIAN (BH) mengolah kisah dua pegawai yang menunjukkan prestasi baik dan berpotensi untuk menyumbang lebih lanjut kepada organisasi itu.




MULAI hari ini, Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSF) yang sedang dan sudah tamat Perkhidmatan Negara (NS) dan mempunyai kelulusan diploma dalam jurusan Kejuruteraan Marin atau Pembelajaran Lautan boleh memohon untuk mendapatkan tempoh khidmat mereka semasa berada di laut dalam Kapal Angkatan Laut Republik Singapura (RSN) dirasmikan secara profesional.



Demikian akan membolehkan mereka memperolehi Sijil Keupayaan (COC) 3 dan 5, yang dinilai menerusi penilaian oleh Penguasa Kelautan dan Pelabuhan (MPA).



COC 3 merujuk kepada pegawai dek COC Kelas 3 manakala COC 5 merujuk kepada pegawai kejuruteraan marin COC Kelas 5.



Anggota NSF yang sedang berkhidmat dalam kapal RSN sekurang-kurangnya seberat kasar 500 tan dan kekuatan enjin 750 kilowatt dan sudah menyelesaikan semua tugas tertentu akan memperoleh tempoh berkhidmat di laut itu bagi mendapatkan COC 3 dan 5.



Demikian diumumkan Kementerian Pertahanan (Mindef) dalam satu kenyataan semalam bagi menghargai sumbangan anggota NS.



Mindef berkata, NS adalah asas Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) serta sumber kestabilan dan kemakmuran negara.



"Mindef dan SAF berkomited menyokong NSF dengan memaksimumkan sumbangan mereka menerusi pensijilan secara profesional dan kelayakan akademik menerusi kemahiran yang mereka perolehi dari NS," kata Mindef.



Aturan baru itu akan merasmikan serta mempertingkat kemahiran mereka yang diperoleh menerusi NS jika mereka ingin menceburi kerjaya dalam bidang perkapalan atau marin pada masa depan.



NSF yang mempunyai kelayakan sebagai pegawai kapal perdagangan atau jurutera marin juga bakal dikenal pasti untuk berkhidmat dalam tugas serta peranan khusus pada tempoh kerahan untuk menyumbang kemahiran profesional mereka kepada NS.



Selain skim tersebut, mulai April 2023, NSF yang berminat menceburi sarjana muda dalam jurusan sains dan kejuruteraan perkomputeran, sains data atau kecerdasan buatan (AI) boleh memohon menyertai skim Bekerja Sambil Belajar (WLS) Pakar Digital SAF dan Mindef.



Skim itu - satu kerjasama dengan Universiti Teknologi Nanyang (NTU) - diperkenal pada Mac lalu bagi memenuhi keperluan SAF dalam pembangunan sofwe dan kaedah awan atau 'cloud' serta AI.



"Mereka yang dipilih (menyertai skim itu) boleh mengambil modul dalam NTU sambil berkhidmat sepanjang empat tahun dengan AF, membolehkan mereka menerima kredit akademik yang menyumbang kepada penyelesaian sarjana muda mereka," kata Mindef.



Tahun ini juga merupakan ulang tahun ke-55 NS (NS55), dan sejak 1967, lebih satu juta individu telah berkhidmat kepada negara menerusi NS. Oleh itu, mulai hari ini, anggota NS lalu dan yang sedang berkhidmat sebagai anggota kerahan yang layak akan menerima kredit bernilai $100, dan pengagihan kredit itu akan dilaksanakan secara beransur.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >