Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kemalangan motosikal maut bertambah: Polis

Aug 18, 2018 | 05:05 PM



LEBIH ramai penunggang motosikal mengalami kemalangan dan meninggal dunia dalam  enam bulan pertama tahun ini berbanding tahun lalu, menurut angka terkini  polis yang dikeluarkan pada  Sabtu (18 Ogos).



Ini walaupun jumlah keseluruhan  kemalangan jalan raya dan korban berkurangan.



Perangkaan lalu lintas pertengahan tahun  Pasukan  Polis Singapura menunjukkan  jumlah kemalangan  melibatkan penunggang motosikal meningkat 1.9 peratus kepada 2,216 dari Januari hingga Jun lalu,  daripada 2,175 pada tempoh  sama tahun lalu.



Jumlah kemalangan maut  melibatkan penunggang motosikal meningkat  12.5 peratus kepada 27 dari Januari hingga Jun, berbanding 24 tahun lalu.



Terdapat sedikit peningkatan dalam bilangan penunggang  dan pembonceng  basikal yang cedera –  2,411  dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, naik 0.7 peratus daripada 2,394 setahun  lalu.



Penunggang motosikal membentuk   57 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya  dan 44 peratus daripada keseluruhan kematian lalu lintas  dari Januari hingga Jun tahun ini.



Kenaikan dalam  kemalangan motosikal bertentangan dengan   jumlah keseluruhan kemalangan. Keseluruhannya, terdapat 3,905 kemalangan jalan raya yang mengakibatkan kematian atau kecederaan pada separuh pertama 2018,  naik hanya  0.1 peratus daripada 3,908 setahun  lalu.



Jumlah keseluruhan kemalangan maut   pula berkurangan    5.1 peratus kepada 56, daripada 59 pada tempoh  sama tahun lepas. Ini meneruskan  trend menurun sejak  2012.



Bilangan kemalangan melibatkan  orang mendapat kecederaan dalam enam bulan pertama tahun ini kekal sama seperti  tahun lepas,  iaitu  3,849.

 

Satu lagi perkara yang dikhuatiri  polis ialah kemalangan jalan raya  melibatkan pejalan kaki warga tua.



Walaupun jumlah kemalangan  melibatkan pejalan kaki warga tua berkurangan  kepada 130, daripada 136 pada tempoh  sama tahun lalu,  jumlah kemalangan maut  melibatkan pejalan kaki warga tua dan jumlah   pejalan kaki warga tua yang terkorban pada separuh pertama tahun ini  kekal sama seperti separuh pertama 2017, pada setiap 11.



Jumlah  pejalan kaki warga tua cedera meningkat sedikit  kira-kira 0.8 peratus kepada 119, daripada 118 pada tempoh  sama tahun lepas.



Pada separuh pertama  tahun ini,  hampir 40 peratus daripada semua kemalangan  melibatkan pejalan kaki warga tua dikaitkan dengan perbuatan menyeberang jalan sembarangan.



Untuk mengingatkan  penunggang motosikal agar  melindungi diri mereka dan meminimumkan kecederaan, satu kempen  dilancarkan di  Singapore Expo oleh    polis pada  Sabtu bagi  menggalak   penunggang motosikal memakai kelengkapan  perlindungan menunggang, seperti jaket, kasut dan sarung tangan.

 

Kempen  Singapore Ride Safe 2018  itu juga bertujuan  menanamkan tabiat menunggang  baik dalam   kalangan penunggang motosikal, seperti mengekalkan jarak brek  selamat, menjauhi titik buta  kenderaan  lebih besar, dan menggunakan tempat perlindungan hujan yang ditetapkan apabila hujan.



Cik  Sun Sun Xueling, Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal  Dalam Negeri merangkap  Pembangunan Negara), berkata semasa melancarkan    kempen itu: “Setiap kecederaan dan kematian adalah terlalu banyak. Kita  boleh melakukan  lebih banyak untuk memastikan penunggang motosikal kita  selamat.”



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >