Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kemampanan pertimbangan utama reka bentuk stesen MRT Laluan Daerah Jurong

Jan 14, 2023 | 05:30 AM



STESEN-STESEN Laluan Daerah Jurong (JRL) yang beroperasi secara berperingkat bermula dari 2027 akan dipasang dengan panel solar untuk menjana tenaga yang boleh diperbaharui bagi operasi stesen tersebut.



Demikian kata Menteri Pengangkutan, Encik S Iswaran, semalam semasa upacara pecah tanah JRL dan pelancaran jejambat di kawasan akan datang, Tengah Town, sepanjang Brickland Road.



"Kemampanan merupakan pertimbangan utama dalam reka bentuk stesen-stesen JRL.



"Stesen-stesen itu telah direka untuk membolehkan pengudaraan aliran silang secara semula jadi supaya mengurangkan penggunaan tenaga daripada kipas dan penghawa dingin.



"Bagi kereta api JRL pula, ia akan dilengkapi dengan sensor untuk malapkan lampu secara automatik pada siang hari," kata Encik Iswaran dalam ucapan pembukaannya semalam.



Dengan JRL dibuka sepenuhnya pada 2029, laluan sepanjang 24 kilometer merangkumi 24 stesen.



Sebanyak 10 stesen yang akan menghubungkan Choa Chu Kang, Boon Lay dan Tawas akan bermula operasi pada 2027.



Menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), JRL dijangka menghubungkan lebih daripada 60,000 isi rumah dengan jarak 10 minit berjalan kaki dari stesen MRT.



"Ia akan menghubungkan kawasan perumahan termasuk Gek Poh dan Pandan Gardens ke pusat kegiatan utama di Jurong - yang buat masa ini tidak mempunyai hubungan langsung dengan rangkaian MRT seperti Estet Perindustrian Jurong, Kawasan Inovasi Jurong dan Universiti Teknologi Nanyang (NTU).



"Ia juga akan menyokong pembangunan Daerah Tasik Jurong, yang bakal menjadi hab komersial terbesar di luar kawasan pusat bandar," kata LTA.



Mengulas mengenai kerja-kerja pembinaan JRL, Encik Iswaran akur bahawa kerja-kerja yang dijalankan di kawasan matang dan pembangunan yang padat adalah mencabar.



"Oleh kerana JRL direka untuk menavigasi pembangunan yang sedia ada, mengurangkan gangguan bunyi adalah pertimbangan reka bentuk utama.



"LTA juga akan bekerja rapat dengan pihak-pihak berkepentingan untuk mengurangkan habuk dan bising kerja pembinaan bagi memastikan keselamatan," tambah beliau.



Bilangan penumpang JRL dijangka mencapai 200,000 setiap hari pada tahun-tahun awal dan meningkat kepada lebih 500,000 penumpang sehari apabila Kawasan Inovasi Jurong, Tengah Town dan Daerah Tasik Jurong dibangunkan sepenuhnya, menjelang 2029.



JRL akan mempunyai 62 kereta api tiga gerabak, tanpa pemandu dan beroperasi secara automatik sepenuhnya. Ia akan tiba daripada syarikat Hyundai Rotem Korea Selatan pada pertengahan 2024. Kapasiti kereta api tersebut boleh diperluas kepada empat gerabak apabila permintaan meningkat.



Encik Iswaran berkata kereta api JRL akan mempunyai gerabak yang lebih kecil untuk navigasi sepanjang laluan yang ketat.



Sebagai contoh, setiap gerabak kereta api JRL berukur 5 meter lebih pendek dari segi panjang dan 0.45 meter lebih sempit dari segi lebar berbanding dengan gerabak kereta api Laluan Circle (CCL).



Apabila JRL diumumkan pada 2018, laluan MRT sepatutnya dibuka dalam tiga peringkat dari 2026 hingga 2028. Ini telah ditangguhkan selama setahun disebabkan pandemik Covid-19.



Menurut pengerusi jawatankuasa pengurusan Kelab Masyarakat Ayer Rajah, Encik Shahrin Abdol Salam, JRL, penduduk di kawasan Gek Poh dan Ayer Rajah akan dapat memanfaatkan laluan tersebut.



"Selain meningkat kesalinghubungan antara dua kawasan itu, ia juga akan mengurangkan jarak masa dan memudahkan lagi pengunjung untuk ke kawasan tersebut.



"Antara lain, kegiatan kami di Kelab Masyarakat Ayer Rajah juga dapat menerima lebih penyertaan dari luar kawasan itu dengan kemudahan stesen JRL yang berdekatan dengan kelab masyarakat tersebut," kata Encik Shahrin kepada Berita Harian.




"Kemampanan merupakan pertimbangan utama dalam reka bentuk stesen-stesen JRL.

Stesen-stesen itu telah direka untuk membolehkan pengudaraan aliran silang secara semula jadi supaya mengurangkan penggunaan tenaga daripada kipas dan penghawa dingin.

Bagi kereta api JRL pula, ia akan dilengkapi dengan sensor untuk malapkan lampu secara automatik pada siang hari."

- Menteri Pengangkutan, Encik S Iswaran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >