Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

FOKUS BERITA: LAPORAN PERKHIDMATAN PENJARA SINGAPURA

Kembali ke pangkal jalan selepas 15 tahun di penjara

Feb 10, 2022 | 05:30 AM



Pemulihan banduan adalah proses yang panjang, dan akan ada masanya proses itu memerlukan sentuhan disiplin. Apakah yang diperlukan untuk memastikan sistem penjara Singapura - salah satu sistem yang paling dipandang tinggi di dunia - berjalan dengan lancar? BERITA HARIAN menemu ramah seorang bekas banduan selain berpeluang menyaksikan sendiri bagaimana pegawai dari Pasukan Respons Tindakan Kecemasan Penjara Singapura (Spear) menangani situasi di dalam penjara.




SEPANJANG beliau membesar, 'John' (bukan nama sebenar) menjalani kehidupan jenayah.



Pada usia 14 tahun, beliau mula terjerumus dalam kancah jenayah setelah membabitkan dirinya dalam kumpulan samseng.



Sejak itu, beliau telah melakukan beberapa kesalahan yang melibatkan keganasan, dadah serta pecah masuk rumah.



Menyifatkan kehidupannya sebagai sukar, lebih-lebih lagi apabila beliau membesar dalam keluarga rentan, penjara bagaikan menjadi rumah kedua bagi 'John'.



Namun, setelah menghabiskan 15 tahun keluar masuk penjara, beliau memutuskan untuk membuka lembaran baru dan mengubah diri menjadi seorang yang lebih baik.



Beliau mencapai titik perubahan semasa menjalani hukuman terakhirnya apabila hukuman penjaranya itu memberi kesan secara langsung kepada kesejahteraan anak lelakinya yang berusia 10 tahun ketika itu.



"Anak saya tanya saya bila saya nak keluar? Dia sedih kerana kebanyakan rakannya mempunyai ibu bapa yang menghantar mereka ke sekolah.



"Saya kembali ke dalam bilik penjara saya dan bertanya kepada diri sendiri apa yang saya lakukan di dalam dan sama ada masih ada lagi kehidupan untuk saya di luar?", kata 'John', yang kini berusia 49 tahun.



Beliau juga percaya bahawa tekanan untuk mengekalkan hubungan dengan ahli kumpulan samseng yang lain mendatangkan lebih banyak kemudaratan daripada kebaikan dalam hidupnya.



Walaupun berada di dalam penjara, 'John' tidak dapat melepaskan diri daripada cengkaman menjadi ahli kumpulan samseng.



Menurut perangkaan Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) yang dikeluarkan semalam, hampir satu perempat daripada 7,572 banduan yang memasuki penjara pada 2021 mempunyai kaitan dengan kumpulan samseng.



Tekanan yang dirasakan itu telah membuat 'John' mengambil keputusan untuk meninggalkan dan berpisah daripada kehidupan lamanya itu sebagai ahli kumpulan samseng.



Menerusi program anjuran SPS pada 2009, yang dikenali sebagai Program Meninggalkan Kumpulan Samseng, beliau menyatakan hasratnya untuk meninggalkan kumpulan samseng, di hadapan banduan lain, termasuk mereka dari kumpulan yang sama dan juga ahli kumpulan lain.



Program ini termasuk satu upacara rasmi serta sokongan untuk banduan yang memilih untuk hidup bebas dari cengkaman kumpulan samseng.



Program ini juga merupakan antara cara SPS mengurangkan kejadian keganasan di penjara dan ia telah menyaksikan 1,463 banduan meninggalkan keahlian mereka sejauh ini.



Seolah-olah beban berat telah dilepaskan dari bahunya, 'John' menyifatkan kejayaannya untuk kekal bebas jenayah berkat kaunseling agama dan program campur tangan ganas yang dihadirinya ketika di penjara.



Sejak dibebaskan dari penjara pada 2014, beliau aktif melibatkan diri dalam membantu banduan lain.



Hari ini, beliau bekerja dengan Persatuan Syarikat Kerjasama Perusahaan dan Perkhidmatan (Iscos) sebagai Penyelaras Jangkauan dan Titan Iscos, di mana beliau kerap kembali ke penjara untuk membimbing banduan lain menerusi perkongsian pengalaman peribadinya bagi menggalakkan mereka mengambil langkah pertama untuk mengubah cara mereka dengan memutuskan hubungan mereka dengan kumpulan samseng.



Berkongsi nasihatnya, 'John' berkata: "Perkara yang penting ialah fokus pada diri sendiri, tahu apa yang perlu dilakukan untuk mengubah cara kehidupan kita."




“Anak saya tanya saya bila saya nak keluar? Dia sedih kerana kebanyakan rakannya mempunyai ibu bapa yang menghantar mereka ke sekolah. Saya  kembali ke dalam bilik penjara saya dan bertanya kepada diri sendiri apa yang  saya lakukan di dalam  dan sama ada masih ada lagi kehidupan untuk saya di  luar?” 

- ‘John’ menceritakan titik perubahan semasa menjalani hukuman penjara terakhirnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >