Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kenaikan gaji tahunan bagi pekerja pengurusan sisa, pemandu lori penyenggaraan mulai 1 Jul

Jun 30, 2023 | 06:50 PM



Mulai 1 Julai, Pesuruhjaya Buruh akan melaksanakan saranan oleh Kelompok Tiga Pihak bagi Industri Pengurusan Sisa (TCWM) untuk subsektor pengumpulan sisa dan pemulihan bahan, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Jumaat.

Saranan itu merangkumi jadual enam tahun kenaikan gaji tahunan dari 1 Julai 2023 hingga 30 Jun 2029 di bawah Model Gaji Progresif (PWM) dan pelaksanaan bonus tahunan mandatori (Bonus PWM) yang akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2024.

Bonus PWM akan dibayar kepada pekerja pengurusan sisa sepenuh masa dan sambilan yang layak, yang telah bekerja dengan majikan yang sama selama 12 bulan. Ini akan membolehkan majikan menarik dan mengekalkan pekerja mereka dengan lebih baik, dan memberi insentif kepada majikan untuk meningkatkan produktiviti dengan melabur dalam latihan pekerja mereka.

Keperluan PWM akan dilaksanakan melalui skim pelesenan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), dan akan meliputi semua pengumpul sisa awam yang dilantik, pengumpul sisa am berlesen dan kemudahan pembuangan sisa am berlesen.

Dalam satu kenyataan berasingan, MOM juga mengumumkan bahawa pemerintah telah menerima saranan tambahan bagi laporan Kelompok Tiga Pihak bagi Pembersih (TCC) mengenai pemandu lori penyenggaraan (kelas 4/5) di bawah PWM Pembersihan.

Mulai 1 Julai, Pesuruhjaya Buruh akan melaksanakan saranan itu yang merangkumi jadual enam tahun kenaikan gaji mampan dari 1 Julai 2023 hingga 30 Julai 2029, dan takrifan baru bagi pemandu lori (kelas 4/5) di bawah subsektor penyenggaraan PWM Pembersihan.

PWM Pembersihan adalah satu syarat di bawah skim pelesenan NEA bagi perniagaan pembersihan am. Ia dilaksanakan melalui perintah yang dikenakan oleh Pesuruhjaya Buruh.

Menurut kenyataan MOM, jadual kenaikan gaji bagi pemandu lori penyenggaraan (kelas 4/5) akan mengikut peranan kerja “pemandu” di bawah PWM Pengurusan Sisa, kerana kedua-dua jenis pemandu dikehendaki memiliki lesen memandu kelas 4/5 dan memandu kenderaan berat lebih daripada 2,500kg tanpa muatan.

Dalam melaksanakan saranan itu, MOM berkata kenaikan gaji itu “mencerminkan persetujuan bersama tiga pihak yang kukuh” untuk menaikkan gaji pekerja pengurusan sisa dalam subsektor pengumpulan sisa dan pemulihan bahan dan gaji pemandu lori penyenggaraan (kelas 4/5), sambil “menyediakan pembekal perkhidmatan dan pembeli dengan kepastian lebih baik dalam urusan perniagaan dan kontrak”.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >