Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kepelbagaian budaya di S'pura antara faktor perpaduan warga: DPM Heng

Namun keharmonian yang dibina tidak boleh diambil remeh, sebaliknya perlu dihargai dan dipelihara
Nov 06, 2021 | 05:30 AM



KEPELBAGAIAN budaya di Singapura merupakan antara faktor yang menyumbang kepada perpaduan warganya dan membantu dalam interaksi serta kerjasama dengan masyarakat berbeza di seluruh dunia.



Ini sesuatu yang perlu dihargai dan dipelihara, terutama berlatarbelakangkan perbezaan yang serius antara masyarakat dan negara lain, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat.



Menurutnya, sejak dahulu kumpulan etnik berbeza yang tinggal di Singapura berusaha untuk mengekalkan tradisi dan nilai budaya mereka sendiri sementara memastikan wujudnya interaksi dan kerjasama antara kumpulan berbeza, dan ini membentuk budaya Singapura yang unik dan penuh semangat.



"Meskipun demikian, keharmonian yang telah kita bina tidak boleh diambil remeh.



"Terdapat perbezaan yang serius antara masyarakat dan antara negara, dan dengan latar belakang ini, kepelbagaian budaya kita lebih berharga.



"Ia membuatkan kita lebih bersepadu, dan membolehkan kita bekerjasama dan mendekati masyarakat berbeza di seluruh dunia dengan lebih baik," katanya.



Encik Heng berkata demikian dalam ucapannya semasa acara pembukaan Festival Teochew, yang bertujuan memaparkan budaya Teochew, kumpulan dialek bahasa Cina kedua terbesar di Singapura.



Ini merupakan edisi ketiga festival itu yang diadakan dalam talian buat julung-julung kalinya disebabkan keadaan pandemik.



Antara tarikan festival itu termasuk "kampung Teochew" maya yang merupakan antara cara kreatif yang telah diteroka penganjur, Teochew Piot Ip Huay Kuan, untuk mendedahkan peserta kepada budaya kontemporari Teochew.



Menurut Encik Heng, kumpulan seperti Teochew Poit Ip Huay Kuan telah menyumbang kepada usaha mengukuhkan lagi kepelbagaian budaya di Singapura.



"Teochew Poit Ip Huay Kuan, serta persatuan klan tempatan lain telah banyak menyumbang kepada kepelbagaian budaya di Singapura.



"Sementara ia memastikan budaya Cina diwariskan kepada generasi muda, mereka juga telah mengukuhkan perpaduan dalam kalangan warga Singapura dan menggalakkan persefahaman antara etnik," katanya.



Encik Heng menambah festival seperti itu sesuai untuk golongan muda dan tua dari semua bangsa dan budaya.



Festival tersebut akan diadakan selama 10 hari meneurusi dalam talian dan akan dikendalikan dalam bahasa Inggeris dan Cina.




"Terdapat perbezaan yang serius antara masyarakat dan antara negara, dan dengan latar belakang ini, kepelbagaian budaya kita lebih berharga.

Ia membuatkan kita lebih bersepadu, dan membolehkan kita bekerjasama dan mendekati masyarakat berbeza di seluruh dunia dengan lebih baik."

- Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >