PENGUNJUNG yang mengembara dari Malaysia ke Singapura menerusi Laluan Perjalanan Darat Buat Individu Yang Divaksin (VTL) akan diperlukan menjalani Ujian Pantas Antigen (ART) setibanya di sini.
Ini akan berkuatkuasa mulai 8 pagi pada Isnin (29 November) apabila kumpulan pengunjung VTL darat yang pertama tiba di Singapura.
Ini diumumkan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) pada Ahad melihat pada laporan terkini mengenai varian koronavirus baru B.1.1.529 yang dikenali sebagai Omicron dan berpotensi lebih mudah menjangkiti.
ART yang dilakukan sewaktu ketibaan akan ditadbir di dua sudut ketibaan yang khusus buat mereka yang menggunakan VTL darat - Pusat Tukaran Bas Sementara Woodlands dan Terminal Queen Street.
Pengunjung diperlukan membuat bayaran secara elektronik bagi ART di pusat ujian secara langsung, kata MTI.
Sebelum ini, dilaporkan pada Rabu lalu bahawa mereka yang mengunjungi Singapura dari Malaysia harus diuji negatif Covid-19 dengan menggunakan ujian reaksi rantaian polymerase prakeberangkatan atau ART yang ditadbir secara profesional, yang harus dilakukakan dua hari sebelum berangkat ke Singapura.
Ujian prakeberangkatan ini juga diperlukan bagi mereka yang mengembara dari Singapura ke Malaysia seiringan dengan ART sewaktu ketibaan yang perlu dibuat di Terminal Bas Larkin Sentral.
Mata yang layu dek sehari suntuk berjalan Raya tiba-tiba segar kembali di malam hari apabila menonton babak polis kejar-mengejar samseng dalam filem aksi terkini Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Integriti
Seringkali kita terperangkap dengan rutin harian sehingga terlupa tentang perkara penting – termasuk pengetahuan tentang kesihatan wanita, kesuburan serta isu pranatal dan pascapartum (lepas bersalin)
Melihat serpihan akibat kemusnahan perosak alam, Cik Hira Nabi, seorang pembikin filem wanita dari Pakistan menuntut jawapan kepada banyak persoalan: Apakah yang berlaku semasa pemusnahan itu? Apakah
Seorang lagi pembikin filem wanita yang diketengahkan dalam PerForm Open Academy of Arts and Activations (POA) ialah Cik Saodat Ismailova.
Beliau merupakan seorang pembikin filem dan artis berbakat
Baru-baru ini, seorang teman yang telah lama ‘hilang’ di media sosial tiba-tiba mengirim pesanan ringkas bertanya khabar sambil mengucapkan Selamat Hari Raya.
“Ya, saya dah lama gantung akaun Facebook
Dalam kita ghairah menyambut Hari Ibu 2024, mari kita hargai pengorbanan segolongan ibu yang dalam diam-diam bergelut dengan kemurungan selepas bersalin (PPD).
PPD adalah kebimbangan kesihatan awam
Setiap kali diundang ke Singapura untuk membuat persembahan irama tradisional Melayu, penyanyi dari seberang Tambak, Haziq Rosebi, terima dengan tangan terbuka dan teruja melihat sambutan peminat
Ada yang datang untuk bertemu artis legenda era 1970-an, Noor Kumalasari, yang sudah lama tidak muncul di kaca televisyen dan layar perak selepas berhijrah untuk menjalani kehidupan sebagai suri rumah
Siapa sangka sebotol kecil minyak wangi boleh mendedahkan begitu banyak mengenai identiti seseorang?
Selain memberikan aroma yang menyenangkan kepada badan, pemilihan minyak wangi seseorang boleh
Daripada telefon bijak hingga ke bandar bijak, inovasi seperti kecerdasan buatan (AI) semakin merombak industri dan mengubah cara individu bekerja, berkomunikasi dan menjalani kehidupan.
Generasi muda

Kanak-kanak berusia dua tahun ke bawah tidak perlu menjalani ujian ini.
Pengumuman mengenai perjalanan bebas kuarantin antara kedua-dua negara dibuat susuli hampir 20 bulan sekatan sempadan dilaksana sejak Mac tahun lalu.
Hingga 2,880 orang akan berpeluang melalui perjalanan sebegini setiap hari dengan 1,440 pengunjung dari setiap hala (Singapura atau Malaysia).
Pengunjung mestilah warga negara, penduduk tetap atau pemegang pas jangka panjang (permit kerja, pas pekerjaan, pas pelajar atau pas lawatan jangka panjang) negara yang mereka masuki.
Mereka juga harus menggunakan salah satu daripada 64 khidmat bas VTL yang dikhususkan dan beroperasi antara 7.30 pagi dengan 9.30 malam setiap hari.
Mereka yang berjalan kaki atau memandu masih tetap tertakluk pada langkah kawalan sempadan yang sedia ada, yang buat masa ini termasuk keperluan menjalani Notis Jangan Keluar Rumah selama tujuh hari.
Mengenai perubahan ketetapan terkini itu, jurucakap MTI berkata: "ART sewaktu ketibaan akan membolehkan kami mengurangkan risiko tersebarnya B.1.1.529 di Singapura dan membolehkan kami secara beransur-ansur memperluas VTL darat dalam cara yang selamat dan tertukur."