Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Kerja luas landasan: Khidmat MRT Laluan Circle, Thomson-East Coast akan berakhir lebih awal

Oct 05, 2023 | 06:03 PM



Khidmat kereta api di Laluan Circle dan Thomson-East Coast akan berakhir lebih awal pada hari-hari tertentu antara Oktober 2023 dengan Mei 2024 bagi kerja-kerja peluasan landasan MRT.

Salah satu platform di dua stesen Laluan Circle akan ditutup buat sementara pada tempoh sama.

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan pengendali laluan kereta api SMRT berkata dalam satu kenyataan bersama pada Khamis, kerja-kerja tersebut bertujuan menggabungkan Peringkat 6 Laluan Circle (CCL) dan Peringkat 4 Laluan Thomson-East Coast (TEL) dengan rangkaian sedia ada.

Selama empat Ahad – 15, 22, 29 Oktober dan 5 November – khidmat CCL akan berakhir pada 10 malam dan tidak selewat 12.38 tengah malam seperti sekarang, bagi memberi ruang mencuba sistem penyeliaan kereta api automatik baru.

Sistem ini menyelaras pergerakan kereta api yang tidak mempunyai pemandu dan merupakan bahagian penting sistem isyarat laluan tersebut.

Penutupan awal itu akan menjejas lebih 13,700 penumpang pada setiap Ahad yang terjejas, kata LTA.

Sistem penyeliaan baru itu akan membolehkan operasi sebanyak 23 kereta api baru, tiga stesen baru dan Depoh Kim Chuan apabila Peringkat 6 CCL mula beroperasi, tambah kenyataan itu.

Peluasan CCL yang dijangka siap menjelang 2026 itu akan menambah tiga stesen antara HarbourFront dan Marina Bay.

Bagi membolehkan kerja peluasan landasan untuk dijalankan bagi menghubungkan peluasan itu dengan stesen HarbourFront di CCL, satu platform di stesen Telok Blangah dan HarbourFront akan ditutup sementara antara 20 Januari hingga 24 Mei 2024.

Ini akan menjejas sekitar 43,000 penumpang setiap hari.

Kereta api akan diperuntukkan untuk khidmat ulang-alik antara stesen HarbourFront dengan Labrador Park iaitu perbezaan dua stesen, yang akan tiba selang 10 minit, kata LTA dan SMRT.

Menurut LTA, kerja-kerja di Harbourfront akan melibatkan ramai kontraktor dan pengalihan serta penggantian sebahagian daripada landasan dan kabel.

Ini termasuk kerja memecahkan konkrit pada landasan, dan memasang kabel isyarat dan peralatan tepi landasan, serta menyambung semula landasan dan memeriksanya.

Bagi memastikan jarak masa ketibaan kereta api dapat kekal rendah di laluan CCL sibuk antara stesen Kent Ridge dengan Paya Lebar, kereta api CCL akan membuat pusingan di stesen Kent Ridge atau Labrador Park berbanding HarbourFront sebelum itu.

Semasa waktu sibuk, penumpang juga boleh menjangkakan jarak waktu ketibaan kereta api sekitar lima minit di stesen antara Kent Ridge dan Labrador Park, kata LTA dan SMRT.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >