Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kerjasama dengan bekas pesalah antara sebab kadar jenayah S’pura kekal rendah: Chun Sing

Oct 21, 2023 | 05:36 PM



Keupayaan Singapura untuk bekerjasama dengan bekas pesalah bagi mengekalkan kadar jenayah yang rendah adalah sama pentingnya dengan mempunyai ekonomi yang baik dan agensi penguatkuasaan yang kukuh, kata Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing.

Berkata demikian pada Sabtu di Majlis Penghargaan & Anugerah Reben Kuning (YRAA) 2023 di Ekspo dan Pusat Konvensyen Marina Bay Sands, Encik Chan memuji usaha individu, pertubuhan dan rakan kongsi masyarakat atas sumbangan besar mereka untuk menyepadukan semula bekas pesalah ke dalam masyarakat.

“Selain mempunyai ekonomi yang baik dan agensi penguatkuasaan yang kukuh, apa yang penting adalah keupayaan kita untuk bekerjasama dengan bekas pesalah, untuk memberi mereka peluang untuk memulakan semula kehidupan mereka dan untuk mereka menyumbang kembali ke masyarakat.

“Justeru, kami ingin memberi penghormatan kepada anda semua kerana membantu bekas pesalah kami dan memberi mereka peluang kedua.

“Tanpa anda semua, tidak kira betapa baiknya ekonomi kita dan tidak kira betapa baiknya tindakan penguatkuasaan, kita tidak akan mempunyai kadar jenayah rendah,” jelas Encik Chan.

Dalam majlis itu, beliau menyampaikan sijil dan anugerah kepada 186 penerima atas sumbangan mereka bagi memperjuangkan peluang kedua untuk pesalah dan bekas pesalah.

Bertemakan “Menerangi Perjalanan, Mengatasi Halangan”, majlis tersebut meraikan kejayaan Projek Reben Kuning dalam membentuk masyarakat lebih inklusif serta mengiktiraf individu, organisasi dan rakan kongsi atas sumbangan mereka dalam penyepaduan semula bekas pesalah ke dalam masyarakat.







Antara penerima anugerah di majlis itu adalah Dr Mohamad Riduan Ishak, seorang bekas pesalah dadah yang kini merupakan pengarah eksekutif Tarkiz Pte Ltd, sebuah syarikat yang ditubuhnya bagi menyediakan program motivasi untuk membantu bekas pesalah dalam pembelajaran sepanjang hayat.

Dr Riduan yang sudah lama menyediakan program pemulihan sejak keluar penjara pada 2005, memberitahu Berita Harian bahawa beliau tidak menyangkakan penghormatan itu.


“Sejujurnya, tujuan saya bukan mendapatkan pengiktirafan. Semua perkara yang saya lakukan adalah untuk diri sendiri, untuk pemulihan saya sendiri.

“Jadi pengiktirafan itu sangat sekunder, tetapi saya berasa gembira dengan anugerah itu dan saya gembira menerimanya,” ujarnya yang menerima ijazah kedoktoran kehormat pada Julai 2023 daripada Akademi Institut Pengurusan Profesional Sejagat (UIPM).

Dr Riduan juga menolong secara sukarela dalam usaha pemulihan dadah untuk pelbagai pertubuhan termasuk Reben Kuning Singapura (YRSG), Persatuan Anti-Narkotik Singapura (Sana), Biro Narkotik Pusat (CNB), dan Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS).

Sementara itu, beliau yang juga anggota lembaga pengarah di Hug Community Services, sebuah agensi perkhidmatan sosial (SSA) yang menyokong belia berisiko, juga menekankan peri-pentingnya mendidik ahli keluarga bekas pesalah bagi memastikan penyepaduan semula mereka yang berjaya dalam masyarakat.


“Ia penting untuk integrasikan semula bekas pesalah dalam masyarakat. Tetapi stigma terhadap bekas pesalah bermula dari rumah. Jadi adalah penting untuk mendidik orang yang kurang berpengetahuan tentang isu ini, khususnya ahli keluarga bekas pesalah itu,” jelasnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >