Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kerjasama lebih erat antara agensi perlu pasca-Covid-19: Ye Kung

May 11, 2023 | 05:30 AM



MENTERI Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, berkata sedang pandemik Covid-19 mungkin telah berakhir dan beban tugasan semasa tempoh aman disambung semula, namun keadaan tidak boleh kembali seperti biasa.



Sebaliknya Singapura "patut mengalukan-alukan era baru kerjasama silang agensi yang lebih erat".



Semasa merumuskan kenyataannya berkaitan usulan Sokongan Penjagaan Kesihatan di Parlimen pada Rabu, Encik Ong berkata Covid-19 merupakan tempoh di mana Singapura menyaksikan potensi hebat kerjasama silang agensi, bersatu dalam satu matlamat bagi mengatasi krisis nasional.



Menurutnya ini kian relevan bagi penjagaan kesihatan atas dua sebab.



Pertama, penuaan mungkin transformasi sosial terbesar buat Singapura dalam 10 tahun mendatang, sedang negara ini kian menjadi masyarakat yang "amat menua".



"Ini akan mempunyai kesan di seluruh bidang dasar berbilang - pekerjaan, persaingan ekonomi, persaraan, perancangan bandar, pendidikan, penjagaan kesihatan dan lain-lain.



"Ia akan menyatukan pihak kementerian untuk bekerjasama dengan baik," tambahnya.



Kedua, Encik Ong berkata, selepas krisis Covid-19, pihaknya membuat keputusan bahawa keadaan dan masanya sesuai untuk mereka membuat transformasi penjagaan kesihatan yang besar, berdasarkan kerja-kerja yang dilakukan pada tahun-tahun yang sudah.



"Saya telah memberitahu kepada Dewan ini mengapa dan apa yang kami lakukan semasa transformasi ini.



"Yang penting, keperluan penjagaan kesihatan akan melampaui merawat penyakit di hospital dan klinik, tapi menghasilkan kesihatan di rumah dan masyarakat.



"Dalam erti kata lain - kesihatan bukan sekadar relevan kepada pesakit yang jatuh sakit, ia sepatutnya 'Kesihatan untuk Semua'," katanya.



Beliau menekankan usaha seluruh masyarakat perlu dipertingkat dalam mengupayakan warga tua meniti usia senja secara bermaruah dan aktif dalam masyarakat bersama rakan serta keluarga mereka.



"Dan jika mereka berhasrat, meninggal dengan baik dalam sekitaran keluarga dikelilingi orang tersayang. Inilah bidang utama selanjutnya dalam penjagaan kesihatan," tambah Encik Ong.



Pada Selasa, tiga Anggota Parlimen Dilantik (NMP), Dr Tan Yia Swam, Dr Shahira Abdullah dan Encik Abdul Samad Abdul Wahab, telah membentangkan satu usulan tentang Menyokong Penjagaan Kesihatan di Parlimen.



Antaranya pada Selasa, Dr Tan berkata terdapat keperluan mengenal pasti dan mengakui masalah, mendidik penduduk pada setiap lapisan usia dan bekerjasama silang kementerian.



Dr Shahira Abdullah pula berkata terdapat keperluan sokongan berkaitan kekurangan tenaga kerja dalam sektor jagaan kesihatan.



Sementara Encik Abdul Samad mengetengahkan isu keletihan dalam kalangan pekerja penjagaan kesihatan serta pelajar yang melalui latihan amali di institusi penjagaan kesihatan secara percuma.



Memberi respons, Encik Ong turut melahirkan penghargaan kerana para NMP yang telah mengetengahkan usulan tentang penjagaan kesihatan.



"Saya sedar penggal NMP akan berakhir. Ini mungkin sidang kedua terakhir anda.



"Saya tahu sesetengah daripada anda berharap mendapat jaminan bahawa meskipun selepas berundur, isu-isu yang dekat dengan hati anda terus dapat perhatian dalam Dewan ini.



"Maka saya berbesar hati anda telah pilih mengetengahkan usulan tentang penjagaan kesihatan, seperti juga yang bentangkan isu-isu penjagaan kesihatan secara aktif semasa penggal anda," katanya yang mendapat tepukan anggota Dewan di akhir ucapannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >