Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kerjasama utuh DPPMS, pemerintah sokong masyarakat niaga: DPM Wong

Oct 22, 2022 | 05:30 AM



DEWAN Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) merupakan penyokong utama bagi menjaga kepentingan masyarakat perniagaan semasa pandemik Covid-19, termasuk banyak perniagaan berpangkalan di rumah (HBB), kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.



Antara lain, ia telah membantu menjangkau kepada lebih 1,800 HBB untuk mengagihkan dana bantuan pemerintah semasa kemuncak Covid-19.



DPPMS juga menyokong daya usaha SG United Buka Puasa yang menjalin kerjasama dengan pertubuhan Melayu/Islam, syarikat katering dan Persatuan Rakyat (PA) untuk mengagihkan lebih 200,000 pek makanan kepada keluarga memerlukan semasa Ramadan lalu.



"Saya berharap DPPMS akan terus bekerjasama dengan pemerintah untuk menyokong masyarakat perniagaan Melayu/Islam. Kamu telah menyumbang banyak kepada kejayaan masyarakat dalam tahun-tahun kebelakangan, dan saya berharap untuk mengukuhkan kerjasama kita pada tahun-tahun akan datang," kata Encik Wong dalam ucapannya di Jamuan Malam Gala dan Malam Anugerah DPPMS semalam.



Kejayaan masyarakat perniagaan Melayu/Islam Singapura kekal berdaya tahan dan menyesuaikan diri dalam mengharungi tempoh mencabar pandemik Covid-19 diraikan di majlis tersebut yang turut menyaksikan penyampaian enam kategori anugerah kepada peniaga cemerlang.



Majlis itu kali terakhir dianjurkan pada 2016 dan adalah peluang pertama bagi Encik Wong mendampingi masyarakat perniagaan Melayu/Islam dan pihak berkepentingannya sejak bergelar timbalan perdana menteri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >