Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes bocor data awam naik 65% tahun lalu

Kesemua kesan insiden dinilai sebagai 'sederhana' atau 'rendah'
Jul 29, 2022 | 05:30 AM



PARA pegawai awam melaporkan 178 kes pembocoran data oleh pemerintah Singapura dalam tahun yang berakhir 31 Mac - kenaikan 65 peratus daripada 108 kes pada tahun sebelumnya.



Kesemua kesan insiden dinilai sebagai 'sederhana' atau 'rendah', menurut laporan tahunan ketiga ke atas usaha pemerintah melindungi data peribadi, yang dikeluarkan semalam.



Tanpa mendedahkan butiran, penulisnya, Pejabat Negara Bijak dan Pemerintah Digital (SNDGO), mendefinisikan kesan sederhana sebagai sebuah agensi pemerintah mengalami kesan sulit atau tidak diingini, dengan ketidakselesaan sedikit kepada individu atau perniagaan.



Tiada insiden serius dilaporkan sepanjang 12 bulan sehingga March tahun ini.



Insiden-insiden sedemikian merosakkan keselamatan nasional atau keyakinan awam, atau yang menyebabkan kematian atau kecederaan fizikal, kewangan, atau emosi kepada individu.



Sehingga kini, hanya dua insiden sedemikian yang telah dilaporkan. Kededuanya berlaku pada 2018.



Yang pertama merupakan pendedahan tanpa kebenaran data peribadi 14,200 pesakit daripada pendaftaran HIV Kementerian Kesihatan (MOH).



Yang kedua merupakan akses tanpa kebenaran ke atas 223 fail kes menyusuli kelemahan sistem dalam talian Mahkamah Negara.



Daripada 178 kes tahun lalu, sebanyak 14 dilaporkan oleh orang awam menerusi portal Pusat Kontak Keselamatan Data Pemerintah, yang dilancarkan pada April 2020.



Butiran kes-kes tersebut belum lagi didedahkan.



SNDGO berkata peningkatan insiden data sektor awam mencerminkan trend dalam sektor privet di sini dan sejagat, sedang pertukaran dan penggunaan data terus berkembang.



"Kepesatan pendakapan digital kian bertambah pantas sedang pandemik Covid-19 masuk tahun keduanya pada 2021," kata SNDGO, yang mengesahkan bahawa lebih ramai orang dan kegiatan perniagaan yang masuk dalam talian.



"Sedang lebih banyak data dicipta dan ditukar, risiko data terdedah atau disalah guna meningkat secara bersama."



Tahun lalu penduduk setempat memfailkan 6,700 aduan terhadap pertubuhan privet tentang potensi pembocoran data peribadi, kata SNDGO.



Ini merupakan kenaikan daripada 6,100 aduan yang dibuat kepada Suruhanjaya Perlindungan Data Peribadi pada 2020, dan 4,500 aduan pada 2019.



Sektor awam telah mula melaksanakan 24 pembaikan utama kepada aliran kerja keselamatannya, sebagai sebahagian daripada pelaburan sebanyak $1 bilion bagi memperbaiki perlindungan data peribadi rakyat.



Langkah-langkah ini disarankan oleh Jawatankuasa Semakan Keselamatan Data Sektor Awam (PSDSRC) yang ditubuhkan pada March 2019 selepas berlakunya beberapa pembocoran siber keselamatan, termasuk pembocoran data paling teruk di Singapura melibatkan 1.5 juta data pesakit SingHealth pada Jun 201.



Tiga daripada projek penambahbaikan masih berjalan tapi akan selesai menjelang akhir tahun depan.



Ini termasuk sistem yang mematikan akaun pengguna yang tidak aktif secara automatik dan mengesan serta menghentikan sikap pengguna yang merbahaya seperti meniru fail-fail sensitif daripada komputer riba.



Satu lagi projek yang masih berjalan ialah sebuah sistem bagi mengasingkan set-set data berdasarkan sensitivitinya dan menyulitkan data dalam simpanan secara automatik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >