Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes curi Shell: Penjara 18 bulan bagi bekas juruukur yang ambil rasuah bagi menutup mata penyelewengan gas minyak

Sep 29, 2022 | 02:38 PM



SEORANG juruukur menerima wang sogokan berjumlah AS$90,000 ($123,243.10 menurut dokumen mahkamah) sebagai habuan untuk tidak melaporkan penyelewengan gas minyak di Shell Pulau Bukom.



Akibat tindakan Muhammad Ali Muhammd Nor dalam membantu menyembunyikan jenayah itu, sebanyak 15 insiden melibatkan penyelewengan gas minyak berjumlah lebih daripada AS$10 juta gagal dikesan oleh syarikat gergasi, Shell, pada 2016 dan 2017.



Mahmakah diberitahu bahawa Muhammad Ali, 56 tahun yang bekerja di Intertek Testing Services pada masa kejadian berlaku, tidak lagi bekerja di situ.



Hari ini (29 September), Muhammad Ali mengaku bersalah atas tuduhan menerima rasuah dan dihukum penjara 18 bulan.



Dia juga diarahkan membayar denda $123,243.10 – jumlah sama dengan rasuah yang diterimanya.



Muhammad Ali perlu ditahan lagi 20 minggu di penjara sekiranya gagal membayar jumlah itu.



Gas minyak dianggap sebagai minyak mentah.



Ia biasanya digunakan sebagai minyak dan alternatif kepada diesel di beberapa negara.



Salah seorang dalang kes curi itu, merupakan pekerja Shell, Juandi Pungot, yang ketika itu 45 tahun.



Dia dipenjara selama 29 tahun pada March kerana mencuri hampir $128 juta jumlah gas minyak.



Kes-kes melibatkan beberapa yang lain yang didakwa terlibat dengan kes itu, termasuk Muzaffar Ali Khan Muhammad Akram, 41 tahun dan Tiah Kok Hwee, 45 tahun masih dinantikan.



Timbalan Pesuruhjaya, Encik Norman Yew, berkata Juandi dan Muzaffar telah bersekongkol dengan satu sama lain dan dalang-dalang lain untuk menyeleweng secara tidak jujur gas minyak Shell.



Menurut dokumen mahkamah, mereka lakukannya dengan memasukkan gas minyak ke pelbagai kapal tanpa pengetahuan atau kebenaran Shell, dengan mendapat ganjaran wang yang kemudian dikongsi sesama mereka.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >