Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kesemua 951 pemilik flat Punggol BTO yang tertunda akan terima kunci hujung Mac

Mar 04, 2023 | 06:31 PM



LEBIH separuh (58 peratus) daripada 951 pembeli unit bagi projek Bina Ikut Tempahan (BTO) Waterway Sunrise II telah mengambil kunci rumah mereka sejak Disember 2022, dengan selebihnya dijangka berbuat demikian sebelum penghujung Mac.



Projek BTO tersebut merupakan salah satu daripada dua projek yang melebihi tarikh penyiapan mengikut undang-undang semasa pandemik Covid-19.



Demikian dinyatakan Lembaga Pembangunan Perumahan (HDB) dalam satu kenyataan media pada Sabtu.



Menurut HDB, kesemua blok bagi projek tersebut - yang merangkumi 1,014 unit dan tujuh blok - telah siap.



Unit-unit bagi lima blok tersebut sudah diserahkan kepada pembeli secara berperingkat, dan sekitar 550 pembeli unit telah mengambil kunci mereka sejauh ini.



Unit bagi dua lagi blok akan diserahkan kepada pembeli sebelum hujung Mac selepas semua semakan telah selesai, tambah HDB.



Sebagai pampasan bagi kelewatan pada tarikh penyiapan, HDB akan membayar balik pembeli yang terjejas anggaran $1,000 hingga $10,500, dengan isi rumah menerima purata $5,750. Jumlah keseluruhan bayaran balik itu dianggarkan bernilai $5,156,700.



Jumlah bayaran balik ini berbeza, bergantung pada harga jualan flat dan tempoh kelewatan melebihi tarikh pemilikan penghantaran - tarikh kontrak sah yang mana HDB mesti menyerahkan flat kepada pembeli, jelas HDB.



Secara keseluruhan, 896 isi rumah yang telah menempah unit mereka pada Oktober 2021 layak untuk menerima bayaran balik di bawah Akta Covid-19 (Langkah-Langkah Sementara).



HDB menambah, projek BTO lain yang melebihi tarikh pemilikan penghantarannya - iaitu Anchorvale Villaga di Sengkang, yang sepatutnya disiapkan mengikut kontrak menjelang Januari 2023 - akan disiapkan antara Mei dan Julai mengikut jadual. 



Pembeli unit-unit ini juga akan diberi pampasan.



Dalam pada itu, pembinaan Waterway Sunrise II terjejas selepas kontraktor asalnya, Lian Ho Lee Construction, menghadapi masalah kewangan dan terpaksa menghentikan operasi pada 2020.



Kelewatan selanjutnya adalah disebabkan oleh kekangan tenaga kerja dan gangguan bekalan bahan pada 2020 dan 2021 dek pandemik.



HDB berkata ia telah bekerjasama dengan kontraktor dan agensi lain untuk mengatasi kelewatan ini.



HDB juga berkata ia segera membawa kontraktor baharu, Expand Construction, dan memberikan "pelbagai bantuan supaya projek itu dapat disiapkan dengan selamat dan cepat tanpa sebarang kompromi pada kualitinya".



Apabila Expand Construction mengambil alih pembinaan pada Oktober 2020, sekitar 45 peratus projek BTO Waterway Sunrise II sudah siap.



HDB menjelaskan bagi mempercepatkan pembinaan, kerja pembinaan telah dijalankan pada hari Ahad susulan kelulusan daripada pihak berkuasa yang berkaitan, dan mesyuarat mingguan dengan pihak pengurusan diadakan untuk menjejak pencapaian dan menangani isu pembinaan



Untuk mengatasi kekurangan tenaga kerja pula yang disebabkan oleh “kawalan sempadan yang diketatkan bagi pekerja dari Asia Selatan”, yang mana ia berlaku selama beberapa bulan sehingga hujung 2021, HDB membantu kontraktor merancang dan mengoptimumkan tenaga kerja yang terhad, dan membawa masuk lebih ramai pekerja.



HDB menambah dengan pemulihan berterusan bagi industri pembinaan berikutan pandemik, ia dijangka menyiapkan dan menyampaikan kunci kepada pembeli 20,000 unit bagi 22 projek perumahan tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >