SEKTOR jagaan masyarakat di sini kekal berdaya tahan di tengah-tengah pandemik Covid-19, yang menimbulkan pelbagai cabaran yang belum pernah dilalui.
Ini termasuk kakitangannya yang memaparkan dedikasi tinggi untuk menangani krisis tersebut, kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.